Salam bertani
Jendela Diari Tani ni kira macam photo diari jugalah. Wak nak uploadkan gambar-gambar aktiviti tani yang tak masuk dalam mana-mana entri wak sebelum didelete daripada hp. Kalau dapat terbitkan seminggu sekali pun okaylah juga.
Pokok betik ni tumbuh di depan rumah.
Sebiji buahnya tu dah boleh tuai.
Adik wak di KL balik kampung.
Balik KL wak bekalkan buah nangka madu, buah keladi,
buah pisang kapas dan sembelihkan ayam kampung .
Anak ayam kampung baru turun tanah minggu ini.
Dah hampir dua bulan umurnya.
Buah hati wak di tepi sungai
Si Covid 20 dan Si Corona
Dah musim cempedak sekarang.
Tahun ni hasil cempedak kurang sebab banyak yang buruk
tak sempat balut.
Budak jantan ni dah 2 minggu bermustautin di rumah wak.
Tak taulah orang buang atau pun sesat.
Dah mandikan, dah syempoo, kasi ubat kutu jadi hensem pulak.
Anak wak namakannya si Otto.
Tuaian dari kebun semalam.
Masuk esbok, 2/3 hari habislah.
Salam bertani.