Salam bertani
Salam bertani.
Rabu, 8 Januari 2020
Ahad, 5 Januari 2020
MB 118 : Diet IU
Salam bertani
Kalau sesiapa yang nak kurus, bolehlah cuba (sekiranya larat) amalkan menu diet IU ini.
Katanya boleh kurangkan 5 kg berat badan seminggu.
Kalau wak buat, pukul 9.00 pagi dah gerenti pengsan kat kebun.

Khamis, 2 Januari 2020
Benih Pokok Ketum Ayam.
Salam bertani
Semasa berkunjung ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 yang lepas, wak ada singgah di Laman Penternakan untuk melihat ternakan yang dipamerkan. Wak tersinggah ke satu boot yang memperkenalkan pokok ketum ayam. Daun pokok ketum ayam dikatakan sangat sesuai dijadikan makanan alternatif ternakan kerana mengandungi protein yang tinggi (melebihi 20%) dan kurang kandungan lemak.
Wak diberi penerangan tentang manfaat daun ketum ayam terhadap ternakan oleh pengusaha tanaman tersebut yang dipanggil Pak Tam. Anak benih pokok ketum ayam dijual RM20.00 satu polibeg manakala keratan batang berakar dijual RM70.00 seikat (mengandungi 11 batang). Memang agak mahal harganya. Wak hanya mampu membeli satu ikat keratan batang pokok ketum ayam tersebut.

Anak benih pokok ketum ayam semaian keratan batang
berumur sebulan.
Inilah banner pokok ketum ayam Pak Tam
di HPPNK 2019.
Anak benih pokok ketum ayam dalam polibag
ini dijual dengan harga RM20.00 setiap satu.
Keratan batang pokok ketum ayam.
Wak beli seikat keratan batang berakar pokok ketum ayam
(mengandungi 11 keratan dengan harga RM70.00)
Keratan batang yang wak semai di dalam polibeg
berumur 2 minggu (semuanya hidup)
Sudah berumur sebulan.
Salam bertani.
Selasa, 31 Disember 2019
Isnin, 30 Disember 2019
Rabu, 25 Disember 2019
WW 158 : Entri Dulu-dulu
Salam bertani
Tajuk Entri : Pasar Tani
Tarikh : 08 Januari 2016

Tajuk Entri : Pasar Tani
Tarikh : 08 Januari 2016
Jantung pisang nipah
Bunga kantan
Pucuk manis

Nangka muda
Pucuk turi
Serai kampung
Buah ubi badak
Pucuk ulam raja
Kangkung kampung
Rebung buluh
kelapa biji
Daun dan bunga kunyit
Pucuk tenggek burung
Pucuk puding semangkuk
Pucuk serai kayu
Isnin, 23 Disember 2019
MB 116 : 'Durian Oh Durian'
Salam bertani
Wak bukan nak buat rewiew cerekarama 'Durian Oh Durian' yang disiarkan oleh TW3 baru-baru ini (wak tak tonton pun). Wak nak tulis pasal pokok-pokok durian wak yang terkena musibah banjir. Banjir kali ini agak besarlah juga sehinggakan sedikit kawasan dusun wak digenangi air selama beberapa hari. Ini disebabkan oleh pelepasan air empangan tasik hingga air sungai melimpah memasuki kawasan kebun. Mujurlah hanya beberapa pokok durian di dusun wak yang terjejas.

Anak durian duri hitam berumur 3 tahun yang digenangi
air banjir baru-baru ini.
Keadaan pokok durian tersebut selepas air kering.
Mungkin tak dapat diselamatkan.
Anak durian musang king berumur tiga tahun juga menjadi mangsa.
Juga menjadi korban
Musang king 3 tahun.
Harap2 anak durian musang king ini masih bernyawa
Pokok durian duri hitan ini juga terjejas.
Anak durian duri hitam berumur setahun kekeringan
Harga benih saja dah RM100
Anak benih durian udang merah berumur setahun.
Harga benih RM70.
Pengubat duka.
Akan gugur awal tahun depan.
Salam bertani.
Langgan:
Catatan (Atom)