Khamis, 2 Januari 2020

Pokok Ketum Ayam.

Salam bertani

Semasa berkunjung ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 yang lepas, wak ada singgah di Laman Penternakan untuk melihat ternakan yang dipamerkan. Wak tersinggah ke satu boot yang memperkenalkan pokok ketum ayam. Daun pokok ketum ayam dikatakan sangat sesuai dijadikan makanan alternatif ternakan kerana mengandungi protein yang tinggi (melebihi 20%) dan kurang kandungan lemak.

Wak diberi penerangan tentang manfaat daun ketum ayam terhadap ternakan oleh pengusaha tanaman tersebut yang dipanggil Pak Tam. Anak benih pokok ketum ayam dijual RM20.00 satu polibeg manakala keratan batang berakar dijual RM70.00 seikat (mengandungi 11 batang). Memang agak mahal harganya.  Wak hanya mampu membeli satu ikat keratan batang pokok ketum ayam tersebut.


Anak benih pokok ketum ayam semaian keratan batang
berumur sebulan.


Inilah banner pokok ketum ayam Pak Tam
di HPPNK 2019.

Anak benih pokok ketum ayam dalam polibag
ini dijual dengan harga RM20.00 setiap satu.


Keratan batang pokok ketum ayam.


Wak beli seikat keratan batang berakar pokok ketum ayam
(mengandungi 11 keratan dengan harga RM70.00)


Keratan batang yang wak semai di dalam polibeg
berumur 2 minggu (semuanya hidup)


Sudah berumur sebulan.


Salam bertani.

47 ulasan:

  1. Sejuk tangan wak, hidup semua pokoknya. Tapikan wak, nama ketum tu, takpe ke tanam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semuanya hidup.
      Sebenarnya tumbuhan tu bukannya jenis ketum.
      Ia tidak memabukkan dan sesuai dijadikan makanan ternakan.

      Padam
  2. Tak tahu la pulak pokok ketum ada nama ayam lak 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daunnya macam daun ketum
      tu yang dinamakan ketum ayam.

      Padam
  3. memang patut wak beli yang keratan batang sebab lagi mudah di semai kan wak... agak-agak nya kan wak, ada tak orang yang try buat air ketum dengan pokok ketum ayam ni ek hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok ni tak memabukkan dana.
      Tapi hanya untuk kegunaan ternakan aje.

      Padam
  4. Masa mula2 suami saya ckp nak beli pokok ketum...terkejut saya. Rupanya pokok ketum ayam (utk mknn ayam). Hahaa..

    Itulah pertama kali dgr & tau adanya pokok ni. Masa tu beli di Kajang, terus ke rumah pengusahanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak ada bela ayam kampung
      bolehlah cuba kalau dah ada bekalannya nanti.
      Setakat ni wak gunakan pokok rumput israel sebagai makanan tambahan ayam tersebut.

      Padam
  5. 1st dengar ada pokok ketum ayam.. semoga semuanya berhasil ya Wak.. inshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun 1st time tahu pokok ni.
      itu pun masa pegi HPPNK 2019 di Angsana JB baru2 ni.
      Jumpa dengan Pak Tam

      Padam
  6. First time dengar..lepas ni jimat skit la dedak kan wak...nampak berhasil hidup dah semua pokok ketum ayam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan masa lama lagi agaknya.
      Bila dah besar sikit nanti baru ubah ke kebun.

      Padam
  7. kalau daun ketum tu halal ditanam agaknya dah ada byk ladang besar di negara kita kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat ladang ketum, bolehlah buka di Siam cikgu.

      Padam
  8. SEMUA NAMPAK HIDUP SEMAIANNYA..NANTI BOLEHLAH MENJUAL BATANGNYA PULA KPD PENGUSAHA TERNAKAN...RASANYA POKOK INI AKAN SUBUR MERIMBA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya semua hidup.
      Kalau berjaya bolehlah perbanyakkannya nanti.

      Padam
  9. Hehehee... pokok ketum ayam untuk makanan ayam ingatkan ketum rebus buat air tu. Ke boleh jugak rebus minum macam herba tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketum ayam ni bermanfaat untuk ternakan sebab kandungan proteinnya tinggi.

      Agaknya boleh juga cuba try buat goreng celup tepung.

      Padam
  10. Pertama kali dengar pokok ketum ayam..mahal jugak benihnya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahal.
      Yang dah hidup dalam polibeg tu RM20 satu.

      Padam
  11. kali pertama dgr, rupanya ayam pun ada daun ketum nya sendiri ek hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam pokok ketum ayam ni tak menyalahi undang2.

      Padam
  12. Tak pernah dengar, ada tau ketum..berkhasiat ya ketum ayam untuk ternakan..cantik daun tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daunnya lebih kurang macam daun ketum yang penagih buat air ketum tu.

      Padam
  13. Pertama kali dengar pokok ketum ayam.. sejuk ya tangan Wak, hidup semua pokok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sabar nak tanam banyak2 pokok ketum ayam ni.

      Padam
  14. Pertama kali dengar pasal pokok ketum ayam. Unik sangat nampak pokok ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu kenapa Pak Tam namakan pokok ketum ayam.
      Boleh saja sebut pokok ketayam

      Padam
  15. xsangka ada makanan alternatif untuk ayam.. slalu kalau daun ketum boleh memabukkan..yang ni lain ye wak.. follow sini #318

    BalasPadam
  16. wah terima kasih WP sudi berkongsi maklumat =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah buat bissnes baru nanti
      Jual bibit ketum ayam.

      Padam
  17. hebatt wak WP kabeh urip yo

    BalasPadam
  18. baru dengar nama pokok ni.. lebih kurang mcm daun ketum yg org minum tu

    BalasPadam
  19. Mahal gak tu harganya. Ni kira ketum yang boleh ditanam ye. Bagus menjadi hasil tanaman wak tu. lepas ni boleh lah ternakan wak makan

    BalasPadam
  20. Mahal juga, tp kalau menjadi, memang bagus untuk bg ayam makan ...

    BalasPadam
  21. alhamdulillah.. sejuk betul tangan wak.. menjadi semua semaian wak..

    BalasPadam
  22. owhh boleh jugak ek buat pengganti dedak...

    BalasPadam
  23. Ooo sesuai utk ternakan ye

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum. Tuan ada jual anak benih pokok pisang nipah x? Kat entry sebelumnya,sy Tengok Tuan ada tanam pokok pisang nipah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam Farah
      Maaf takde jual.
      benih pisang nipah besar dan tak sesuai di pos
      Cuba cari di kawasan terdekat.

      Padam
  25. Assalamualikum Warisan Petani dan sahabat2
    Saya browse dan jumpa Wak pnya blog ni.
    Sayalah Pak Tam tu…

    Terimakasih Wak kerana beli keratan ketum ayam ni walupun mahal.
    Rata2 kata 1st time dengar nama ketum ayam
    Saya suka baca komen2 kat sini..
    Tapi saya mintak sedara2 consider…
    Saya buat kajian, trial and error selama 7 tahun tauu…
    Xcaya tengok video ni saya upload Feb 2013
    https://www.youtube.com/watch?v=vmMKjdATtL8
    Saya dah hampir give up!!
    Kalau saya give-up….xde la ketum ayam ni di Msia
    Sampai skg xde funding dari mana2, except RM2k semasa menang Anugerah JPV.…
    Tu xmasuk belender wife sy yg jem sbb sy guna utk blend ketum ayam, periuk hangus utk rebus, semua saya sorok!!
    macam2 sy buat,,boleh tengok kt fb https://www.facebook.com/madrede.agua.566
    Pape pun….seronok bila tengok ramai gunakan sekarang.

    Dan…
    Saya sedang teruskan kajian utk Fasa ke 2
    Yg ni masih dlm proses.gila2 sikit...
    Keputusan boleh dpt by E/2020
    Jadi sebahagian besar duit tuan2 bayar tu saya gunakan utk kajian ni.Macam buat PhD lak...
    Kalau jadi….Insyaallah boleh beri dedak 20% dan ketum ayam 80%.

    Support yerr!!
    Pak Tam
    B Eng Okayama Univ Japan
    22-01-2020
    http://www.wasap.my/+60133644559/KetumAyamPakTam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 usaha murni Pak Tam akan berhasil dan dapat memberi manfaat kepada industri ternakan di negara kita.
      tahniah Pak Tam.

      Padam
  26. hello nama saya kostya im russian tetapi tinggal di california dan saya menjual kratom untuk hidup saya mencari pembeli yang baik daun segar atau seluruh hidup kering dan buby walaupun bubuk saya sangat suka gambar dan tumbuhan anda jika anda intrwsted pls e mail saya: biz email- kostyavoloshin@yahoo.com

    BalasPadam