Ahad, 12 Januari 2020

Ulat Gulung Daun Pisang

Salam bertani

Daun pisang awak yang wak tanam di tepi pagar telah diserang oleh ulat gulung daun pisang. Ulat ini akan menggulung daun pisang sebagai makanan dan perumahnya. Serangan yang kritikal akan menyebabkan daun pisang menjadi gondol dan kekuningan. Cara yang mudah mengawalnya ialah dengan membuang atau menanggalkan gulungan daun pisang tersebut.

 Dulu-dulu wak selalu gunakan ulat gulung daun pisang ini sebagai umpan untuk memancing. Ikan keli, baung dan lais sangat sukakan ulat daun pisang ini. Burung gagak juga gemar menjadikan ulat gulung daun pisang ini sebagai makananya.



Gulungan daun pisang yang mengandungi ulat


Gulungan daun pisang yang telah ditanggalkan



Gulungan yang kemas dan cantik


Gulungan daun pisang yang telah dibuka


Inilah ulat yang terdapat di dalam gulungan daun pisang.


Setiap gulungan mengandungi seekor ulat.
Ulat menjadikan daun pisang yang digulungnya sebagai makanan.

Salam bertani.

28 ulasan:

  1. Menarik. Belum pernah tengok gulungan daun pisang ni lagi.

    BalasPadam
  2. ok...meremang bulu tengkuk. mmg fobia dengan ulat.

    BalasPadam
  3. Makanan dan tempat berteduh si ulat..

    BalasPadam
  4. Meremang tengkuk SA tgok ulat tu wak..ni ke ulat yang nanti akan jadi rama- rama?

    BalasPadam
  5. ulat gulung umpan memancing bagus tu

    BalasPadam
  6. Cantik ulat gulung tu... comel je... pandaikan dia gulung daun pisang...

    BalasPadam
  7. siap jadi tandas lagi ek daun pisang tu...hahaha

    BalasPadam
  8. tak pernah lagi pokok pisang tempat saya diserang ulat gulung .Kali pertama tengok rupa ulat gulung ni

    BalasPadam
  9. Abis digulungnya daun pisang tu yerkkk

    BalasPadam
  10. terima kasih WP sudi berkongsi ilmu =)

    BalasPadam
  11. Masa zaman kanak kanak, memang suka mengintip ulat dlm daun pisang ni.

    BalasPadam
  12. Saya cepat2 scroll sbb takut nk tgk..mmg takut sesangat pd ulat

    BalasPadam
  13. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    BalasPadam
  14. Pernah juga nampak daun pisang bergulung. Tapi tak tahu kenapa. Rupa rupanya angkara ulat ye. Varu saya tahu lepas baca entry wak ni

    BalasPadam
  15. Kalau nampak daun pisang yang bergulung camni memang tak sentuh dahlah..huhu..

    BalasPadam
  16. Adoiii gelilah wak, naik bulu roma.

    BalasPadam
  17. heee geli pula tgok ult gitu..huhu

    BalasPadam
  18. wak kok geli ndelok ulat ki :p

    BalasPadam
  19. Geli tengok WP biasa dia tuh ulat nih! suka gulung-gulung pulak ya...

    BalasPadam
  20. aduh....ada ulat pula di pokok pisang...uish

    BalasPadam
  21. rajin la dia.. kemas guluungan nya..

    BalasPadam
  22. Setiap kali tengok entry WP. Terasa sangat rindu dengan kampung.

    BalasPadam
  23. Saya selalu nampak daun pisang bergulung macam tu tapi tak pernahlah siasat kenapa. Ada ulat rupanya.

    BalasPadam
  24. hebatnya kejadian ulat ni.. apa pun semoga WP tabah

    BalasPadam
  25. Dulu masa kecik kalau jumpa mesti dok keluarkan guna kayu

    BalasPadam