Selasa, 6 Ogos 2019

Tuai Cempedak Setahun Jagung

Salam bertani.

Wak pernah entrikan kisah sepohon cempedak setahun jagung di sini. Kini buah-buah dari pokok cempedak yang tak sampai dua tahun umurnya itu sudah matang dan boleh dituai. Musim kali ini adalah buah-buah sulung daripada pokok cempedak tersebut. Wak sangat teruja nak tenguk isinya sama ada elok atau tidak walau pun ada banyak pokok cempedak dewasa lain yang sedang berbuah.


Bawa balik dua biji buah cempedak setahun jagung yang matang di pokok.


Inilah pokok cempedak setahun jagung yang pertama kali berbuah.
13 biji buahnya sudah hampir matang dan boleh dituai.
Walau pun tidak dibungkus, semua buahnya elok dan tidak busuk.


Dua biji buah yang sudah matang warnanya agak kekuningan.


Yang tengah tu dah matang.
Berbau harum dan lembut apabila dipicit.


Menanti hari untuk matang.
Walau pun sudah boleh dituai, tetapi wak
nak tunggu ia matang di pokok.


Perbezaan di antara buah matang dan belum.


Dua biji tuaian sulung.
Buah segar yang masak di pokok lebih enak
daripada yang diperam.


Syukur alhamdulillah.
Sangat elok kejadiannya


Petang tadi menu goreng cempedaklah.
Jemput makan.

Salam bertani.

Isnin, 5 Ogos 2019

Buah Longan Ping Pong

Salam bertani

Selain pokok buah-buahan bermusim, pokok longan ping pong juga sedang berbuah lebat sekarang. Pokok longan ping pong bukanlah kategori buahan bermusim kerana ia berbuah sepanjang tahun.
Ada dua pokok longan ping pong yang wak tanam dan buahnya sudah ada yang boleh dituai. Buah longan ping pong yang matang akan berbau harum dan akan gugur sekiranya lambat dituai.


Buah longan ping pong yang hampir matang
Saiznya sebesar ibu jari orang dewasa.


salah satu pokok longan ping pong yang sedang berbuah lebat.


Buah longan ping pong


Sebahagian buahnya dibungkus



Buahnya digemari oleh kelawar dan tupai.
 

Buah longan ping pong matang yang dituai


Isi buah longan ping pong.
Manis, harum dan berjuice.
Salam bertani.

Ahad, 4 Ogos 2019

MB 97 : Khasiat Jus Nanas

Salam bertani




Buah nanas sarawak


Selain dibuat jus, enak juga dimakan segar.

Salam bertani.

Sabtu, 3 Ogos 2019

Jualan Tani

Salam bertani

Pagi sabtu hari ini Wak berjualan sedikit hasil dusun di paskam yang terletak di pekan berdekatan. Masanya daripada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 10.30 pagi sahaja. Kebanyakan hasil dusun tersebut wak tuai pada petang jumaat kecuali buah cempedak yang perlu dituai awal sedikit untuk diperam. Alhamdulillah kebanyakannya habis dijual kecuali buah rambutan kerana terlalu banyak dan ramai penjual yang menjual buah rambutan yang sedang bermusim sekarang.


cempedak


Rambutan anak sekolah


Rambutan jarum emas


Pulasan


Tempoyak (RM5.00)


Lempuk durian (RM6.00)


Telur ayam kampung 
(RM 0.60 sebiji)
Salam bertani.

Jumaat, 2 Ogos 2019

Buah Rambutan Jarum Emas

Salam bertani.

Pokok-pokok rambutan di dusun WP sedang memerahkan buahnya. Ada rambutan anak sekolah, rambutan jarum emas, rambutan gula batu dan juga rambutan gading. Buah rambutan yang paling awal matang ialah rambutan jarum emas. Pokok rambutan jarum emas berbuah lebat dan saiz buahnya lebih besar berbanding rambutan jenis lain walau pun cuaca kurang hujan sekarang.



Tuaian buah rambutan jarum emas


Sepohon rambutan jarum emas yang rendang dan berbuah lebat.
Sebahagian buahnya sudah dituai.


Buahnya berjujuran hingga mencecah tanah


Sudah sesuai dituai


Hasil yang boleh dicapai tangan.


Saiz buah yang besar dan berisi penuh


Setangkai buah rambutan jarum emas yang menunggu
masa untuk dituai.


Salam bertani.

Khamis, 1 Ogos 2019

Pulasan Sekah

Salam bertani

Kebanyakan pokok pulasan di dusun WP berbuah lebat kali ini. Cuma pokok-pokok  pulasan ini dah lama tak dipangkas, jadi dahannya panjang mengejar cahaya matahari. Apabila beban terlalu berat sebahagian dahannya akan sekah. Selepas musim buah nanti, kena buat pemangkasan major untuk mengembalikan bentuk yang rendang.


Dahan utama sekah kerana beban yang berlebihan.


Pokok ini juga sekah, dahannya menyembah bumi.


Yang ini sekah tetapi masih bertahan


Buah yang hampir matang


Sebahagian buah pulasan  menyembah bumi.


Sekah di atas.


Seminggu lagi bolehlah dituai.


Setangkai buah pulasan matang.
Tunduk hampir ke tanah.

Salam bertani.