Ahad, 23 Jun 2019

Sabtu, 22 Jun 2019

Ayam Kampung Organik

Salam bertani.


Di dalam reban ini ada 31 ekor anak ayam kampung yang berumur lingkungan 2 bulan.
 Dari awal penetasan anak-anak ayam ini dididik oleh 3 ekor ibu ayam dan dipisahkan selepas berumur 6 minggu.


Anak-anak ayam kampung diberi makanan dedak pemula dan
jagung hancur pada setiap pagi.


Diberi makanan tambahan daun rumput israel setiap petang.


Rumput israel ini akan habis dalam masa yang singkat.


Boleh dituai selepas berumur 4 bulan.


Anak ayam kampung jantan (baka Siam)


Anak ayam kampung betina.

Salam bertani.

Khamis, 20 Jun 2019

Tidak Tertanggung Beban

Salam bertani.

Sepohon cempedak yang berusia lebih 30 tahun di dusun WP sujud menyembah bumi. Mungkin tidak tertanggung beban yang digalasnya. Syukur tiada apa-apa kerosakan serius dan pokok ini masih bertahan untuk menyumbang bakti kepada tuannya.


Sepohon cempedak yang sujud menyembah bumi.



Berat beban yang tak tertanggung


Hasil yang bergayutan


Bakti yang dihasilkan


Tak sempat  dibuat penjarangan


Hasil memenuhi setiap ruang.


Mudah-mudahan dapat dituai


Berat mata memandang.
Berat lagi bahu memikul.




Rebah perdu bertongkat tanah.

Salam bertani

Selasa, 18 Jun 2019

Buah Durian Tembaga

Salam bertani

Ada sepohon durian tembaga di dusun WP yang berbuah lebat pada musim kali ini. Pokok durian tembaga ini sudah berusia lebih 30 tahun dan berbuah dua kali setahun. Alhamdulillah, buah matangnya sudah meluruh sejak awal raya yang lalu. Dapatlah menjamu saudara mara dan sahabat handai yang datang beraya.



Isi buah durian tembaga. 
Oren, beraroma dan ada rasa pahit yang kuat.


Bentuk buah durian tembaga.
Lonjong, tangkai panjang dan durinya kasar.
2 - 2.5 kg sebiji.


Luruhan sepagi. 


2 - 3 ulas sepangsa 


Biji kecil


Seulas sepangsa (disebut kucing tidur)



Inilah pohon durian tembaga yang sayup menjulang awan.
Menghasilkan beratus biji buah durian.


Perdunya dibalut dengan 3 keping zink 
untuk mengelakkan serangan monyet dan tupai.

Salam bertani.

Isnin, 17 Jun 2019

MB 91 : Buah Durian Jantung

Salam bertani


Wak panggil ni buah durian jantung.
Dah mula gugur beberapa biji.


Bentuknya seperti jantung. 


Isinya sangat mengancam.
Salam bertani.

Ahad, 16 Jun 2019

Musim Buah Kuini

Salam bertani.

Sepohon kuini yang berbuah lebat di dusun WP telah mula menggugurkan buahnya. Kuini adalah buah-buahan bermusim yang paling awal matang selain buah durian. Ini menandakan musim buah-buahan tempatan sudah bermula. Selepas ini, buah-buahan lain seperti manggis, rambutan, pulasan, cempedak, duku dan rambai dan menyusul.     


Buah kuini matang yang jatuh sendiri dari pokoknya.
Kutipan pada pagi ini.


Bunga kuini


Buah kuini muda


Buah kuini muda yang dijatuhkan oleh monyet.


Buah kuini bergayutan di pokok.


Buah kuini yang hampir matang.


Buah kuini matang yang telah dikupas kulitnya.


Jemputlah makan.
Manis dan bersari.

 Salam bertani.