Wak menggunakan ibu ayam denak untuk mengeramkan telur ayam kampung dan seterusnya memelihara anak-anak ayam kampung tersebut. Telur ibu ayam denak akan diasingkan dan digantikan dengan telur ayam kampung untuk dieramkan secara semula jadi.
Seekor ibu denak boleh mengeram diantara 8 hingga 10 biji telur ayam kampung. Ibu ayam denak didapati lebih pandai mengeram dan mendidik anak ayam yang baru menetas berbanding ibu ayam kampung.
Ibu ayam denak ini mendidik 16 ekor anak ayam kampung hasil
pengeraman daripada 2 ibu ayam denak.
Ibu ayam denak sangat pandai mendidik anak
![]() |
Seekor ibu ayam denak bersama-sama anak-anak ayam kampung
Kasih sayangnya tidak berbelah bagi walau pun
hanya memelihara anak angkat.
Anak-anak ayam kampung dipisahkan daripada ibu tumpangnya selepas
berumur 6 minggu.





































