Selasa, 19 November 2019

Pangkas Pokok Pulasan

Salam bertani

Wak nak tunjukkan perkembangan sepohon pulasan yang dipangkas selepas musim buah yang lepas. Pemangkasan bertujuan untuk mendapatkan bentuk baru pada pokok supaya lebih rendang untuk memudahkan pengutipan hasil pada masa akan datang. Pokok yang dipangkas tidak akan mengeluarkan hasil selama semusim atau dua musim bergantung kepada kadar kesuburan ranting-ranting baru.



06.09.2019 - Pokok selepas dipangkas


20.10.2019 - Dahan-dahan yang dipotong sudah
mengeluarkan pucuk baru.


01.11.2019 - pucuk-pucuk baru semangkin menghijau


16.11.2019 - keadaan terkini
Sebahagian tunas-tunas baru sudah dibuat penjarangan.

Salam bertani.

21 ulasan:

  1. wahh merimbun dah daun baru nya Wak :)

    BalasPadam
  2. Rimbun dan subur selepas itu...hijau bumi Tuhan...

    BalasPadam
  3. memang berguna betul pangkas ini ya wak, kene tunggu pokok dah lepas berbuah baru pangkas tu kan, kalau tak lama la nk tunggu berbuah semula hehehe

    BalasPadam
  4. Lama juga nak tunggu dia bertunas semula yer Wak, tapi tunas ni akan mengeluarkan hasil yang berlipat ganda betul tak Wak...Sallam Bertani Wak, semuga mendapat rezki yang lebih...

    BalasPadam
  5. Rendang pokoknya...saya tak pernah tgk lg pokok pulasan depan mata..

    BalasPadam
  6. sure lambat lagi nak berbuah kan wak.
    pokok pulasan tepi rumah saya tu dipangkas sampai ke bawah oleh orang tak bertanggung jawab.
    sampai la tak besar2. sedih betul.

    BalasPadam
  7. mesti byk buah nanti
    harap2 tahun depan berbuah

    BalasPadam
  8. Lebih rendang,inshaAllah lebih sihat pokoknya.

    BalasPadam
  9. gebus rimbun lepas pangkas. Mesti hasil pun cantik nanti ye Wak :)

    BalasPadam
  10. rendang ... bess panjat dan lepak kat pokok ni....sebab rendah...

    BalasPadam
  11. alhamdulillah, semoga senang nak kait nanti...

    BalasPadam
  12. Kalau ada tanah lapang nanti saya pun nak tanam buah-buhan kesukaan begini.

    BalasPadam
  13. Rendanglah jadinya pokok tu ye WP.... nak makan buah pulasan nanti senang je petik kat pokok ek

    BalasPadam
  14. Bagus pangkas tumbuh baru dan lebih rimbun nanti ye wak

    BalasPadam
  15. Nampak rendang semula..lepas ni boleh berbuah lagi...

    BalasPadam
  16. OH! pulasan memang kena dipangkas ya WP.
    Pulasan kat kg Mrs. A tu tak pernah pangkas mungkin sebab tu banyak ranting-ranting mati kat hujung dahan

    BalasPadam
  17. oooo kena pangkas jg... selama ni kitorg biar kn je dia membesar mcm tu tp tiap2 thn berbuah

    BalasPadam