Istilah 'telur jantan' mungkin tidak pernah ujud dalam ilmu pertanian, tetapi dalam amalan pertanian seharian tidak mustahil perkara ini menjadi sebutan. Telur jantan biasanya dirujuk kepada saiz telur ternakan yang luar biasa kecil saiznya berbanding saiz biasa. Ia dikatakan dihasilkan oleh ternakan unggas jantan seperti ayam, itik dan burung.
Sepanjang pengalaman WP menjadi penternak, sudah biasa menemui telur bersaiz kecil terutama sekali telur ayam yang dikatakan dihasilkan oleh ayam jantan. Kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan kerana belum dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri.
13 biji telur ayam bersaiz kecil berbanding 2 biji telur
ayam kampung bersaiz nornal. Telur-telur kecil itu
dikatakan dihasilkan oleh ayam jantan (bapa ayam).
3 biji telur itik bersaiz kecil berbanding 2 biji telur itik
bersaiz normal. Adakah yang kecil itu telur itik jantan?
6 biji telur burung puyuh bersaiz kecil kecil berbanding 3 biji
telur puyuh bersaiz normal. Kebetulan memang ada burung puyuh
jantan di dalam sangkar ternakan tersebut.
2 biji telur lembu jantan yang tergantung di dalam kerandutnya.
Yang ini memang sahih dan telah diakui benar.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan