Rabu, 25 April 2018

Akhirnya Tumbang Jua

Salam bertani


Jadi petani ni;

Kita kena kuat dan hebat macam pokok durian,
kena teguh macam pokok kelapa sawit,
kena melambai  awan macam pokok kelapa,
kena sedia berkhidmat macam pokok getah,
kena cantik dan lazat macam bunga kantan,
kena bermanfaat dan berkhasiat macam baja NPK,
kena bijak mengawal ancaman macam racun paraquat.

Kita kena tahan lasak macam lembu Brahman,
kena produktif macam ayam kampung, itik dan puyuh,
kena tangkas dan cekap macam kucing kampung,
kena teguh dan perkasa macam motor Yamaha Lagenda.

Begitulah semangat dan iltizam WP yang tak pernah pudar
Tak sedar kudrat dan upaya semakin sukar
Usia dah dimamah masa
Warga emas meniti senja.

Tiga hari berturut-turut,
Mengerah tenaga dalam hujan dan ribut,
Akhirnya tumbang jua.

Salam bertani.
Catat Ulasan