Selasa, 3 April 2018

Tarikh Lahir Mereka Sama.

Salam bertani


Ini Si Kecik.
Umur Si Kecik genap setahun pada hari ini.
Si Kecik adalah anak lembu betina yang lahir paling bongsu pada tahun lepas.
Hb Si Kecik.



Hari ini emak Si Kecik melahirkan seekor anak betina.
Adik Si Kecik lahir sebelum subuh lagi.
Si Kecik dan adiknya berkongsi tarikh lahir yang sama.


Adik Si Kecik dijaga oleh ibunya.


Si comel ini belum ada nama lagi.


Dah boleh berjalan dan berlari.


Tahun ini WP dah dapat tambah 3 ekor anak lembu.
Anak Si Siti (jantan)
Anak Si Zura (betina, adik Si ePool)
dan adik Si kecik ini.
Ada seekor induk lagi yang akan melahirkan anak pada tahun ini.


Alhamdulillah, syukur di atas rezeki dan tanggungjawab kurnian Allah.
Salam bertani.
Catat Ulasan