Khamis, 12 April 2018

Pokok Rambutan Mula Berbunga

Salam bertani

Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim yang terdapat di dusun WP sudah mula berbunga sekarang. Pokok-pokok durian, pulasan, manggis, rambutan, duku JDT, duku Terengganu, kuini, dan rambai semuanya berbunga. Musim tuaian hasil buah-buahan dijangka bermula pada bulan Julai nanti.

Masalah utama penanam buah-buahan sekarang ialah serangan haiwan perosak yang semakin menjadi-jadi. Populasi monyet yang yang cepat berkembang dan tidak terkawal merupakan ancaman utama yang boleh memusnahkan hasil tanaman sekelip mata.



Pemandangan dusun rambutan WP.
Kesemua pokok rambutan sedang berbunga.



Pohon rambutan jarum emas  yang merimbun lebat berbunga


Setangkai bunga rambutan jarum emas.


Rambutan anak sekolah mula berbunga


Sepohon rambutan jarum emas yang lain.


Rambutan gading juga berbunga


Pohonnya merimbun hingga ke tanah


Sekiranya berhasil, tuaian dijangka selepas raya nanti.


Rambutan anak sekolah baka siam

 Kesemua pokok rambutan yang ditanam adalah daripada baka klon cantuman mata tunas.
Jangan tanam pokok rambutan daripada biji benih kerana sebahagian besarnya akan jadi pokok jantan yang tidak mengeluarkan hasil. Pokok betina  pula biasanya mengeluarkan hasil yang tidak berkualiti dan pokoknya cepat meninggi.

Salam bertani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan