Selasa, 16 Januari 2018

Anak Benih Pokok

Salam bertani

Ada beberapa jenis anak benih pokok buah-buahan dan tanaman hiasan di tapak semaian WP yang menunggu masa untuk di ubah ke dusun dan kebun di belakang rumah. Cuaca yang redup dan lembap sekarang amat sesuai untuk mengubah anak pokok bagi  mengelakkan layu akibat kepanasan. Sebahagiannya sudah ditanam dan sebahagiannya sedang menunggu giliran.

Ada anak benih yang WP beli daripada nurseri pertanian dan ada juga yang dibiakkan sendiri.
Rasa seronok dan terhibur melihat anak-anak pokok ini membesar di depan mata.



Pokok petai siam - cantuman mata tunas


jambu batu lohan - tut


Pokok bunga kenanga - tut


Pokok sukun - keratan akar


Pokok nangka madu - cantuman mata tunas


Pokok tenggek burung - biji benih


Pokok jambu mawar - biji benih


Pokok markisa telur - biji benih


pokok bebuas - keratan batang


Pokok belinjau - biji benih


Pokok kantan - biji benih


Pokok durian belanda - biji benih


Pokok durian musang king - cantuman mata tunas


Pokok manggis master - cantuman baji


Pokok nona kapri - biji benih


pokok nona serikaya - biji benih


Pokok cermai - biji benih


pokok kedondong - biji benih


pokok turi - keratan batang


Pokok asam gelugur - cantuman baji


Pokok longan brazil - biji benih


Pokok durian kim hong - cantuman mata tunas.


Pokok lemon - tut


Pokok limau bali merah - tut


Pokok jambu botol/susu - biji benih

Pertanian dapat menjana sumber pendapatan.

Salam bertani.
Catat Ulasan