Isnin, 22 Januari 2018

MB 32 : Siti Dah Ada Baby

Salam bertani

Siti telah melahirkan anak sulungnya beberapa hari yang lalu. ( Kisah Siti ada dalam entri bertajuk 'Riwayat Hidupku'). Anak jantan Siti nampak sihat dan cergas. Anak Siti belum diberi nama dan kepada komentator yang ingin mencadangkan nama yang sesuai, sangat-sangatlah dialu-alukan.



Gambar anak Siti berumur 3 hari


Beberapa minit setelah dilahirkan.
Anak lembu sudah boleh berdiri.


Siti menjilat keseluruhan selaput yang ada pada badan anaknya.


Siti bersama anaknya yang berumur 3 hari


Si comel yang menjadi keluarga baru  WP.


Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan