Ahad, 7 Januari 2018

Pokok Pisang Raja

Salam bertani

Salah satu jenis pisang yang ada ditanam di persekitaran rumah WP ialah pokok pisang raja.
Pokok pisang raja agak besar dan tinggi dan memerlukan masa sehingga setahun setengah untuk mengutip hasilnya.

Buah pisang raja dikatakan buah pisang yang paling enak dan sesuai dijadikan pisang goreng berbanding buah pisang lain. Ia juga sesuai dijadikan makanan pencuci mulut, dibuat pengat pisang atau pun kek pisang. Buah mudanya boleh dijadikan kerepek pisang.

Buah pisang raja yang matang berwarna kuning terang dan isinya juga berwarna kekuningan serta beraroma.

Ikutilah riwayat hidup seperdu pisang raja yang ditanam di tepi pagar rumah WP.



Sesikat buah pisang raja matang yang dijual di paskam.
Sesuai dijadikan pisang goreng atau pun pencuci mulut.


03.06.2016- Anak benih pisang raja baru ditanam.


10.08.2016 - Anak pokok pisang raja


08.10.2016 - Anak pokok semakin membesar


24.04.2017 - Pokok pisang raja dewasa dan sudah mengeluarkan 
2 sulur anak.


03.07.2017 - Pokok pisang raja mula mengeluarkan jantung.


Jantung pokok pisang raja



07.07.2017 - Pokok pisang raja mula berputik


Buah muda pokok pisang raja


17.08.2017 - Buah pisang raja semakin berisi


29.10.2017 - Buah pisang raja hampir matang 


11.11.2017 - Buah pisang raja sudah matang dan sesuai digoreng.
Harga pasaran RM4.50 sekg.

Bekalan buah pisang raja agak terhad kerana ianya tidak banyak ditanam dan biasanya ditanam untuk kegunaan sendiri sahaja. Ia sangat  diburu oleh penggemar pisang goreng kerana rasanya yang  unik dan tersendiri.

Salam bertani.
Catat Ulasan