Khamis, 9 November 2017

Riwayat Hidupku

Salam bertani.


15.10.2014
Ini gambar ibuku semasa mengandungkan aku lapan bulan.
Nama ibuku si Kutip.
Masa ni dia berumur 11 tahun.


04.11. 2014.
Aku dilahirkan ke dunia ini.
Tak sangka rupanya dunia ini penuh dengan rumput.


Gambar aku semasa berumur beberapa hari.
Tuan aku bagi nama ' Siti' kat aku.
Mungkin sebab aku comel dan cute agaknya.


04.11.2015
Umurku genap setahun.
Aku telah dihadiahkan rantai leher yang panjang.


28.02.2016
Aku masih bebas meragut di kawasan yang disediakan.
Hidup aku bahagia tanpa stress.


13.06.2016
Aku tak pernah fikirkan pasal diet.
Tuan aku lebih suka kalau aku obess.


23.09.2016
Tanduk aku semakin panjang.
Inilah senjata aku untuk mempertahankan diri
sekiranya dalam bahaya.



04.11. 2016
Umurku dua tahun.
Aku sudah ditambat dan tidak dapat merayap bebas seperti dulu.
Anak dara pingitan katakan.


Tuan aku suruh 'selfie'.
Dia kata muka aku cantik.


Aku sangat bahagia jadi seperti aku' sekarang.
Makan minum semua cukup.
Tuan aku memelihara aku dengan penuh kasih sayang.



24.02.2017
Gambar kenang-kenangan aku dengan adik jantan kesayangan.
Umurnya setahun lebih muda dari aku.
Ibuku ada baby jantan seekor lagi.


29.09.2017
Setiap petang tuan aku datang untuk mengalihkan
tambatanku ke tempat baru. 
Dia naik motor Yamaha Lagenda.


04.11.2017
Hari jadi aku yang ke 3 tahun.
Aku dijamu dengan pelbagai jenis rumput.
Aku sedang mengandung anak pertama sekarang.

'Salam bertani'
Itulah tag line tuan aku.
Catat Ulasan