Selasa, 7 November 2017

Bela Burung Puyuh Telur

Salam bertani.

WP ada memelihara burung puyuh di belakang rumah sebagai hobi untuk suka-suka sahaja. Burung-burung ini ditempakan dalam satu reban yang mengandungi empat sangkar. Setiap sangkar ada lebih kurang 30 ekor burung puyuh betina. Dua sangkar menempatkan burung puyuh dewasa yang sudah lama bertelur dan dua sangkar lagi menempatkan burung puyuh remaja yang baru belajar bertelur.

Membela burung puyuh sangat mudah dan cepat mendapatkan hasilnya. Burung puyuh jantan boleh dituai selepas sebulan dan burung puyuh betina akan bertelur selepas sebulan setengah diternak. Burung puyuh jarang diserang penyakit, tidak memerlukan kawasan yang luas serta penggunaan makanan yang sedikit berbanding ayam atau itik.

Burung puyuh diberi makanan dedak dan air dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Kutipan telurnya dibuat pada waktu petang kerana kebanyakan burung puyuh bertelur pada waktu petang.
Burung-burung puyuh betina bertelur secara semula jadi kerana WP tidak memelihara burung puyuh jantan untuk persenyawaan.




Kutipan telur burung puyuh sepetang.
Sampai tak habis makan.



Reban burung puyuh mengandungi 4 sangkar di dalamnya.


Burung puyuh diberi makanan dedak yang sama untuk
ternakan ayam dan itik.


Telur burung puyuh.


Kesemuanya burung puyuh betina.


Burung puyuh dewasa yang sudah bertelur.


Burung puyuh remaja  belum bertelur


Akan mula bertelur seminggu lagi.


Burung puyuh jantan.
Mempunyai gelang putih di leher dan bulu
dadanya berjalur-jalur.
Burung puyuh jantan berkokok.


Burung puyuh betina.
Bulu dadanya berbintik-bintik.



Tempat air dan makanan disediakan di dalam sangkar.


Telur burung puyuh biasanya direbus, masak sambal dan dimakan
 dengan nasi lemak atau nasi putih.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen