Selasa, 28 November 2017

Bye Bye Putih

Salam bertani

Kesedihan berterusan. WP teruskan entri kesedihan ini supaya tidak berpanjangan. Selain si Kutip. WP juga terpaksa berpisah dengan si Putih pejantan sado dan maskulin yang sangat baik dan mudah dijaga. Sudah banyak lembu pejantan yang pernah WP pelihara namun si Putih adalah yang terbaik.

Si Putih adalah lembu pejantan baka Brahman yang telah menganugerahkan berpuluh anak lembu yang gemuk dan sihat kepada tuannya. Dalam usianya menghampiri sembilan tahun, WP terpaksa berpisah dengannya atas beberapa faktor.

 Selain faktor usia yang menyebabkan si Putih kurang produktif, si Putih terpaksa dilepaskan kerana anak-anak betinanya sudah meningkat dewasa dan bakal menjadi induk lembu ternakan WP. Si Putih tidak boleh menjadi pejantan kepada anak-anaknya (sumbang mahram) kerana akan menghasilkan baka yang kurang berkualiti dan kurang daya tahan rintangan terhadap  penyakit.




Selamat tinggal si Putih .
Maafkan perpisahan ini.
(Air mata berjujuran lagi)

Gambar-gambar kenang-kenangan si Putih semasa dalam tempuh penternakan.



07.11.2014 - Si Putih berumur 5 tahun.
Seekor pejantan yang besar dan tinggi.


08.10.2015 - Si Putih sedang berehat pada waktu pagi.


08.02.2016 - Masih cergas dan berotot


23.09.2016 - Walau pun besar dan tinggi si Putih mudah dijaga.

24.02.2017 - Si Putih agak susut kerana usianya.


27.10.2017 - Gambar terakhir sebelum si Putih terpaksa meninggalkan
4 induk ,7 ekor anak dan tuannya buat selama-lamanya.


Selamat tinggal si Putih.
Sedihnya perpisahan ini.

Terima kasih di atas segala bakti dan pengorbanan semasa kita bersama.
Semoga kita berjumpa lagi di Jannah nanti.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan