Jumaat, 3 November 2017

Musim Durian Datang Lagi

Salam bertani.

Pada pagi ini beberapa biji durian dari kebun WP dah mula gugur. Cuma ada beberapa pokok yang berbuah kerana kebanyakan durian yang lain telah berbuah pada musim yang lepas. Ini adalah musim buah-buahan tahunan sebenar kerana kebanyakan pokok buah-buahan lain termasuk rambutan, pulasan, cempedak, kuini dan manggis juga berbuah.

Harga buah durian kali ini dijangka tidaklah begitu mahal seperti musim yang lepas .Ini kerana bekalan kali ini sangat banyak memandangkan  kebanyakan buah durian menjadi dengan lebat. Dalam seminggu lagi dijangka bekalan buah durian akan berlambak di pasaran.



Lemak, pahit manis dan berkrim


Kutipan sulung buah durian pada pagi ini


Hasil daripada 3 pokok yang berlainan


Dua biji buah durian daripada pokok yang berlainan 


Isi durian yang dibuka


kucing tidur
(seulas sepangsa)


Dua ulas sepangsa



Tiga ulas sepangsa


Sebiji lagi
                                                                   


Jemputlah makan


Biji yang kesep.


 Selamat menjamu durian.
Salam bertani.









Catat Ulasan