Salam bertani
Pada pagi tadi, wak membaja sebahagian daripada pokok-pokok buah-buahan dewasa di dusun. Wak gunakan baja NPK 12:12:17 (biru) untuk menggalakkan pembentukan bunga dan buah pokok-pokok tersebut. Wak menaburkan baja pada pokok nangka, cempedak, duku, rambai dan durian belanda. Pokok-pokok durian, pulasan dan rambutan telah diberikan baja yang sama pada bulan lepas (sebelum berbunga).
Inilah baja NPK biru yang digunakan.
Baja Nitrophoska cap kuda dan singa.
Kandungan unsur NPK dan lain-lain tertulis di bag baja.
Baja NPK biru sesuai untuk menggalakkan pembentukan bunga
dan penghasilan buah yang berkualiti.
Satu beg 50 kg berharga sekitar RM 130.00
Kandungan unsurnya ditulis dengan warna biru (NPK biru)
Jom membaja
Baja berbutir yang perlu ditabur di sekeliling pangkal pokok.
Gambar-gambar di bawah adalah pemandangan dusun WP yang dijepret pada pagi tadi selepas aktiviti membaja.
Salam bertani.