Sabtu, 24 Oktober 2015

Ternakan Lembu 2

Salam penternak.

Induk lembu biasanya beranak setahun sekali seekor. Tempoh bunting induk lembu ialah lebih kurang sembilan bulan sebelum melahirkan anak.
Anak lembu yang dibiarkan bebas mengikut ibunya meragut akan menyusu sehingga berumur enam bulan.
"Warisan Petani"  mempunyai tiga ekor induk lembu yang akan menghasilkan tiga ekor anak lembu setahun.




Gambar 1 : Anak lembu jantan berumur setahun setengah. Telah ditambat.



Gambar 2 : Anak lembu jantan berumur enam bulan. Masih bebas (tidak ditambat) kerana masih menyusu ibunya.
Anak lembu Gambar 1 dan Gambar 2 adalah adik beradik.



Gambar 3 : Anak lembu jantan berumur setahun setengah. Telah ditambat.



Gambar 4 : Anak lembu jantan berusia enam bulan. Masih menyusu ibunya.
Anak lembu Gambar 3 dan Gambar 4 adalah adik beradik.



Gambar 5 : Anak lembu betina berumur hampir dua tahun. Tidak ditambat.



Gambar 6 : Anak lembu betina berumur hampir setahun. Tidak ditambat.
Anak lembu Gambar 5 dan Gambar 6 adalah adik beradik.



Gambar 7 : Anak-anak lembu bebas meragut. Keadaan rumput yang agak berkurangan kerana musim kemarau.


 Gambar 8 : Anak-anak lembu sedang meragut. Setiap anak lembu dipasangkan tali dilehernya selepas dilahirkan walaupun tidak ditambat. Ini adalah untuk memudahkan pengawalannya.

Kesemua anak lembu di atas adalah daripada pejantan yang sama .Gambar 9 di bawah adalah bapa mereka.


Gambar 9 : Lembu pejantan baka Brahman.Sangat besar dan tinggi berusia enam tahun. Gambar-gambar induk lembu akan disertakan kemudian.

Salam menternak.
Jadikan hobi menternak lembu sebagai aktiviti yang berfaedah dan menguntungkan.



Rabu, 21 Oktober 2015

Tanaman Kuini vs Mangga.

Terdapat beberapa pokok kuini dan pokok mangga di kebun "Warisan Petani" yang telah mengeluarkan hasil. Pokok kuini ditanam menggunakan biji benih dan telah berusia lebih daripada lima belas tahun. Manakala pokok-pokok mangga ditanam menggunakan benih klon cantuman mata tunas.

1. Kuini

pokok kuini


Pokok kuini sedang berbunga. Bunganya berwarna merah.



Pokok kuini sedang berbuah.





Buah kuini matang yang telah dituai.

2. Mangga/pelam.





Bunga mangga


putik mangga.


mangga muda.



Buah mangga di pokok.


Buah mangga siam. Buah-buahnya hampir mencecah tanah.



Sepohon mangga epal.


Bunga mangga epal.



Sebiji mangga epal

buah mangga epal.



Mangga epal yang hampir matang.

Pokok kuini adalah pokok buah-buahan bermusim yang berbuah setahun sekali mengikut musim buah-buahan. Manakala pokok mangga adalah pokok buah-buahan bermusim yang berbuah mengikut musimnya yang tersendiri.

Berbudi kepada tanah pasti mendatangkan hasil.
Salam bertani.

Khamis, 15 Oktober 2015

Tanaman Durian.

Salam bertani.

Durian merupakan tanaman utama di kebun "Warisan Petani". Sebahagiannya adalah pokok durian dewasa yang telah berumur lebih 20 tahun. Kebanyakan durian dewasa ini ditanam menggunakan biji benih dari baka durian kampung dan durian tembaga. Ada juga beberapa pokok durian klon yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian.









Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada pokok-pokok durian dewasa yang berumur lebih 20 tahun.







Gambar-gambar pokok durian dewasa sedang berbuah pada musim buah-buahan yang lepas (Julai 2015).


Sebahagian daripada pokok durian dewasa yang kurang berkualiti telah ditebang dan digantikan dengan durian klon terdiri daripada baka musang king/raja kunyit, duri hitam/ochee dan 101. Proses ini dijalankan secara berperingkat-peringkat sejak 5 tahun lepas. Ada sebahagian daripada baka klon ini yang telah mula berbunga dan berbuah.





















Gambar-gambar sebahagian daripada tanaman durian klon dari jenis musang king, duri hitam dan 101.


Pokok durian musang king mula mengeluarkan bunga pada usia lima tahun.




Gambar-gambar bunga durian klon.




3 peringkat pembungaan.



Putik durian musang king. Ada yang berbunga berperingkat-peringkat pada satu pokok.








Sebahagian daripada hasil buah durian semasa musim buah-buahan yang lepas.


Buah durian IOI. Pokok baru pertama kali berbuah. Umurnya belum sampai 5 tahun.




Enak dan lazat.



Isi durian yang padat dan tebal.


 Menyelerakan.



Berkrim.


Isi durian kampung.


Durian merupakan raja buah yang perlu ada pada setiap dusun buah-buahan. Di kebun "Warisan Petani" terdapat pelbagai jenis dan rasa buah durian kampung apabila tiba musim buah-buahan. Beberapa tahun lagi dijangkakan durian-durian klon dari baka musang king, duri hitam dan 101 akan mula berbunga dan mengeluarkan hasil.

Berbudi pada tanah pasti mendapat ganjaran.
Salam bertani.