Jumaat, 20 November 2015

Tanaman Hiasan 1

Salam bertani.

Pelbagai tanaman hiasan ditanam di sekeliling kawasan rumah "Warisan Petani". Kawasan rumah kediaman kampung yang luas membolehkan pelbagai tanaan hiasan ditanam. Walaupun tidak mengeluarkan hasil, tanaman hiasan menjadikan landskap yang menarik di sekeliling rumah. Ianya juga dapat menyegarkan pandangan dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik.














































Bersambung.....
Salam bertani.

Rabu, 18 November 2015

Tanaman Longan Ping Pong

Salam bertani.

Terdapat beberapa pokok longan ping pong yang ditanam di kebun "Warisan Petani". Pokok logan ping pong merupakan pokok buah-buahan yang tidak bermusim dan setiasa mengeluarkan buah.
Untuk mengelakkan serangan haiwan perosak seperti kelawar dan tupai, buah longan ping pong perlu dibungkus/dibalut terutama sekali apabila hampir matang. Saiz buah longan ping pong agak besar berbanding longan biasa dan buahnya berbau harum apabila telah matang.
        Benih pokok longan ping pong biasanya dibiakkan melalui cantuman sanding atau cantuman mata tunas. Jangan tanam longan ping pong melalui biji benih.



Sepohon longan ping pong. Ada bunga, putik dan buah pada masa yang sama.


Bunga longan ping pong.




Bunga dan putik buah longan ping pong.


Setangkai putik buah longan ping pong.




Setangkai buah longan ping pong.


Buah longan ping pong. Saiznya sebesar ibu jari.

 
Sepohon longan ping pong sedang berbuah.



Sepohon yang lain. 


 Buah longan ping pong sangat manis dan lazat. Pokok longan ping pong sesuai ditanam di sekitar rumah kediaman kerana pokoknya kecil dan rendang dan mudah dibentuk. Sesuai dipangkas selepas dituai hasilnya.

Salam bertani daripada "Warisan Petani"

Rabu, 11 November 2015

Air Sungai Melimpah

Salam petani dan penternak.

Hujan lebat selama dua hari di sebelah petang pada 11 November 2015 dan 12 November 2015 telah menyebabkan air sungai melipahi tebing dan menenggelamkan sebahagian kawasan ragut ternakan lembu. Lembu-lembu diletakkan di kawasan benteng sungai yang lebih tinggi dan selamat.
Air mulai surut pada hari ketiga (13 November). Alhamdulillah.


Air sungai sedang naik akibat hujan lebat.



Air telah melimpah tebing sungai dan menenggelamkan kawasan ragut.



Sungai yang dipenuhi rumput merupakan salah satu sebab air naik dengan cepat.




Kawasan ragut ditenggelami air



Hanya tinggal benteng sungai saja yang tidak ditenggelami air.



Air semakin dalam pada hari kedua hujan.


Ternakan lembu berada di benteng sungai yang tinggi.



Kawasan ragut menjadi terhad.


Air sungai deras dan melimpahi tebing.



Keadaan kawasan ragut setelah air surut.
Rumput berlumpur.



Air sungai telah mula surut pada hari ketiga kerana tidak hujan.


Keadaan kawasan ragut selepas banjir.
Kelihatan lembu-lembu meragut di kawasan benteng yang lebih tinggi.


Air sungai sudah surut tetapi rumput berlumpur.
Perlu beberapa minggu untuk pulih.


Keadaan biasa sungai.
Sebelum banjir.


Air parit di kebun buah-buahan selepas hujan.


Air parit yang deras mengalir.


Takungan air penuh akibat hujan lebat.


Dahan durian yang sekah akibat hujan dan angin kencang.


Patah juga. Dijangka matang pada akhir November ini.

Musim tengkujuh telah tiba. Adalah diharapkan agar banjir besar tidak berlaku kerana akan menyukarkan kerja-kerja menternak dan bertani.
Salam dari "Warisan Petani".