Khamis, 25 Disember 2025

Berkat Yasinan

 Salam bertani

Setiap malam jumaat surau tempat wak ada buat yasinan dan tahlil ringkas selepas solat maghrib berjemaah. Selepas solat isya' ada  bacaan surah al-mulk (setiap hari) dan lepas tu ada jamuan ringan. Bila balik dapat sebungkus berkat nasi ambeng.


Bungkusan berkat yasinan.


Ada sebungkus nasi ambeng balut daun pisang,
air kotak dan sebiji limau.


Nasi ambeng yang dibuka,
semua campur jadi satu.
Selamat menjamu selera.


Salam bertani

8 ulasan:

  1. Yasinan semalam malam Jumaat..alhamdulillah selalu ada rezeki kan wak..

    BalasPadam
  2. perghhh. nasi ambeng. sedap nya wak.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah wak, sentiasa hidupkan aktiviti ini..

    BalasPadam
  4. Sedapnya Wak dapat berkat nasi ambeng tu, balut pulak dengan daun pisang. Naik aromanya. Bagus surau Wak ni buat dua bacaan - yasin dan al Mulk.

    BalasPadam
  5. Uiiish sedapnya nasi dan lauk pauk 😄😄. Ntah kenapa nasj berkat begini memang terasa lebih sedap . Apalagi bungkus daun

    BalasPadam
  6. saya 1st time mkn nasi ambeng long time ago masa dok serumah dgn kawan2 yg ada darah jawa..bila diaorg balik dari kg, ada bekal nasi ambeng ni laaa..saya tak berapa gemar sbb tak biasa mkn nasi campur mcm2 gini hahahahah

    BalasPadam