Selasa, 16 Disember 2025

Buah Cempedak Kampung

 Salam bertani

Ada beberapa pokok cempedak kampung yang sedang berbuah di dusun WP. Pokok cempedak kampung adalah pokok cempedak yang ditanam melalui biji benih dan tidak dikahwinkan. Pokoknya wak tanam sejak tahun 80an lagi. Untuk dapatkan buah cempedak yang berkualiti, buah sepatutnya dibalut, disembur racun serangga dan dibuat penjarangan tetapi wak tak sempat buat semua itu.  Setiap pokok cempedak kampung mempunyai buah yang berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan rasanya. Jom ikut wak nenguk


Buah cempedak di pangkal pokok.
Sepatutnya dua buah yang kecil itu di buang untuk
mendapatkan buah besar dan berkualiti.


Batang pokok cempedak ini sudah patah beberapa
tahun yang lepas.
Tunas baharu sudah mula berbuah lebat kali pertama.


Walaupun tidak dibalut buahnya tetap elok.


Pokok cempedak tua ini sudah tumbang tetap berbuah lebat.


Buahnya di atas tanah.


Tak mampu nak balut sebab buahnya tinggi melangit.


Dah boleh dituai bila tangkainya berwarna kekuningan.

Salam bertani.

29 ulasan:

  1. Kalau buat cempedak goreng ni sedap ni. Cuya kalau makan gitu je tak berselera sebab dia bertali, tak reti nak telan. Hahaha

    BalasPadam
  2. Beautiful photos. The fruit looks very good. Warm greetings from Montreal, Canada 😊 ❤️ πŸ‡¨πŸ‡¦

    BalasPadam
  3. sedapnya cempedak. nampak elok2 belaka buah tu. alhamdulillah rezeki

    BalasPadam
  4. Banyaknya buah. Hehe tidak habis-habis.

    BalasPadam
  5. Walaupun dah tua tapi buah dia banyak sungguh. Bestnya

    BalasPadam
  6. Sedapnya cempedak kampung...kat kg SA pun baru ni ada..tapi tu la...Pak Lang Mak Lang x larat nak balut..biar aje sebab buahnya tinggi melangit

    BalasPadam
  7. Sedapnya cempedak. Banyak pula tu..

    Soalan untuk Wak : Kenapa orang jual buah cempedak mahal? 🫣

    BalasPadam
  8. Dana suka cempedak kampung sebab buahnya rapat-rapat ulasnya, kecik sedang elok utk makan atau goreng. Kalau yang kacuk tu kadang besar betul buah dan isinya...

    BalasPadam
  9. Teringat pokok cempedak arwah Pak dulu. Memang berbuah sampai ke tanah.
    Selamat menuai hasil Wak πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..Meriah hasilnya wak...Trus trigt cempedak goreng =D

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. rezeki.
    Cantik elok terletak buahnya. Geram pulak menengoknya.

    BalasPadam
  12. Fuh, mantap betul nampaknya..Terbayang bayang cempedak goreng di petang harini...

    BalasPadam
  13. Lebatnya cempedak. Terbayang cempedak goreng yang rangup & manis.

    BalasPadam
  14. Saya dok mencari cempedak ni la nak buat goreng. Nampak pulak kat rumah Wak. Kalau dekat nak beli cempedak Wak ni.

    BalasPadam
  15. Geram saya tengok, lebat sungguh buahnya.

    BalasPadam
  16. Cantik kejadian buah cempedak Wak. Goreng pun sodap.

    BalasPadam
  17. segar2 buah cempedak wak,macam mana cara bajanya wak..

    BalasPadam
  18. lebatnya Wak, Masyaa Allah... Alhamdulillah.. rezeki hujung tahun

    BalasPadam
  19. Banyak sangat berbuah tak menang tangan balut satu-persatu.. Baru LZ tahu kena buat penjarakkan antara buah biar tak menganggu tumbesaran buah yang lain, ilmu baharu..

    BalasPadam
  20. lebatnya cempedak alhamdulillah rezeki melimpah

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah elok subur dan cantik buah2 nya

    BalasPadam
  22. gemok2 buah cempedak nya. mesti manis ni

    BalasPadam
  23. Pernah berangan ada dusun macam Wak ni...
    Tapi sebab berangan tak perlu modal...maka dusun tu pun hanya dalam angan angan...huhuhu

    BalasPadam
  24. Gebu semuanya cempadak kampung, pokok cempedak kani tak berbuah pula, sayang tak berbuah..kena letak baja kah ni wak..

    BalasPadam
  25. Oh jadi dilihat dari tangkai yaaa. Masyaallah Wak, banyaaak sangat buahnyaaa ... Hasil panen biasa dijual kemana Wak?

    BalasPadam