Salam bertani
Setiap malam jumaat surau tempat wak ada buat yasinan dan tahlil ringkas selepas solat maghrib berjemaah. Selepas solat isya' ada bacaan surah al-mulk (setiap hari) dan lepas tu ada jamuan ringan. Bila balik dapat sebungkus berkat nasi ambeng.
Bungkusan berkat yasinan.
Ada sebungkus nasi ambeng balut daun pisang,
air kotak dan sebiji limau.
Nasi ambeng yang dibuka,
semua campur jadi satu.
Selamat menjamu selera.
Salam bertani



tk pernh mkn nasi ambeng..sedap tgk
BalasPadamYasinan semalam malam Jumaat..alhamdulillah selalu ada rezeki kan wak..
BalasPadam