Selasa, 21 November 2023

Panen Buah Belinjau

 Salam bertani

Pokok belinjau ni wak tanam untuk medapatkan pucuknya yang dijadikan sayuran kampung. Pokok belinjau betina akan berbuah tetapi yang jantan tidak berbuah. Pucuk belinjau jantan lebih lembut dan enak dibuat sayuran berbanding pucuk belinjau betina. Ada beberapa pokok belinjau sedang berbuah. Wak tuai buah belinjau untuk direbus.


Buah belinjau matang yang baru dituai.



Buah belinjau yang sesuai dituai.


Setangkai buah belinjau


Buah yang lebih matang  berwarna merah.
Akan menjadi lebis keras dan lambat empuk bila direbus


Buah belinjau rebus dan sedia untuk dimakan


Pucuk muda belinjau sedap dimasak bening
 atau masak lemak campur tempe

Salam bertani


24 ulasan:

  1. menu yang rare dan pasti mengamit kenangan selepas makan

    BalasPadam
  2. Di sini namanya melinjao/melinjo, mirip "namanya ya Wak, biasanya kulitnya dan daun buat sayuran,kalau isinya di buat keripik melinjo atau emping melinjo

    BalasPadam
  3. lamanya x nmpk pokok nie...terus teringat rase buah nya...sedapnya wak...linda pgil Melinjo..nie kalau mengandung dan mengidam, jenuh nak carik nie...hihihi

    BalasPadam
  4. Oh? tak tau pucuk dia pun di masak....

    BalasPadam
  5. Yg diketuk2 lalu jadi kerepek tu yg masak ranum tu ke?

    BalasPadam
  6. Boleh buat emping tu wak.
    Sedap daun melinjau dimasak bening atau lemak.
    Yang dibening lagi segerrrr

    BalasPadam
  7. rasanya gimana ya wak buah ni kalau yg seger?? tau yg dh jadi kerepek atau emping saja

    BalasPadam
  8. Buahnya akan² buah cemperai, yg daunnya juga sedap dimasak lemak. Atau sama je dua pokok ni Wak?

    BalasPadam
  9. oh pokoknya ada jenis jantan betina rupanya. Agaknya yang dulu jenis jantan sebab tak pernah nampak buahnya banyak macam ni. Masak lomak campur tempe letak udang sikit dengan tahu. aduhaiiiii layan nasi panas-panas dengan sambal belacan. sedapnya

    BalasPadam
  10. pertama kali saya tengok pokok dan buah belinjau..yang saya tau cuma keropok belinjau

    BalasPadam
  11. biasa mkn kerepek belinjau..ni buahnya ye

    BalasPadam
  12. Wak ketuk la dibuat kerepek melinjau wak hehehhe... kat rumah nyai ada pokok melinjau ni tapi buahnya jarang-jarang

    BalasPadam
  13. Dulu kecik² selalu makan pucuk belinjau ni. Sama menu macam wak juga. Bening atau lemak campur tempe. Ikan goreng, sambal belacan..ishhhh sedapnyaa. Buahnya pun rasa mcm pernah makan juga. Rasa macam kelat² sikit kan?

    BalasPadam
  14. Pernah dengar belinjau. Tapi ini, pertama kali tengok.

    BalasPadam
  15. Rasa macam pernah makan arwah TokSu saya masak gulai buah Belinjau, sedap rasa lemak-lemak..

    BalasPadam
  16. Dulu selalu makan nasi lauk sayur pucuk belinjo masak lemak. Ditambah dengan buah belinjo yang kecik2 bertangkai.

    BalasPadam
  17. Pucuk muda tu kalau celur cecah air asam pun sedap Wak.. adeii terliur

    BalasPadam
  18. Belinjau ni bukan ke yang kat Indonesia depa buat keropok belinjau tu wak? rasa apa? pahit ke?

    BalasPadam
  19. Pernah makan keropok belinjau rasanya macam pahit-pahit. Tak pernah makan buahnya tu rasa apa WP

    BalasPadam
  20. Ohh pucuknya boleh dibuat masak atau ulam ye. Pernah tengok tapi tak tahu nama, nampak macam pucuk ulam tenggek burung pun ye. Rasa macam tak pernah makan buah ni tapi mak saya suka betul kerepek belinjau ada pahit-pahit tu.

    BalasPadam
  21. kalau makan keropok ada rasa pahit-pahit tu, kalau makan buah, sama jugak ke rasa dia?

    BalasPadam
  22. mcm tu yer rupa buah belinjau..1st time tgk heheh sblm2 ni tahu psl kerepek/keropok belinjau jer

    BalasPadam
  23. Ini buah yg banyak dimanfaatkan di Indonesia. Bisa dijadikan sayur asam, kerupuk emping, kulit melinjo nya pun enak ditumis pakai sambal 🤤❤️

    BalasPadam