Khamis, 30 November 2023

Ayam Lohman Brown Dah Turun Tanah

 Salam bertani

Anak ayam lohman brown yang wak pelihara sudah menjangkau tiga bulan umurnya. Wak dah pindahkan ayam-ayam ini ke reban kekal berlantaikan pasir. Ayam-ayam ini akan terus tinggal di sini sepanjang hayatnya. Mereka akan mula bertelur pada usia empat bulan ke atas. Kesemua ayam lohman brown yang wak pelihara adalah ayam betina untuk menghasilkan telur.


Ayam lohman brown betina berumur tiga bulan.
Makanan dan air disediakan di dalam reban.
Akan dilepaskan bebas pada waktu petang.


Mula dipindahkan ke reban kekal selepas berumur dua bulan.
Hidup 46 ekor daripada 50 ekor anak ayam yang wak beli.



Seekor ayam betina lohman brown berumur tiga bulan.
Akan bertelur selepas berumur empat bulan.


Anak ayam lohman brown diasuh di rumah didik 
dari umur sehari hingga tiga minggu.
Mentol 40w disediakan untuk membekalkan haba.
Harga anak ayam lohman brown RM8.00 seekor.


Selepas berumur tiga minggu dipindahkan
 ke reban lantai tinggi.
Najis anak ayam akan jatuh ke bawah.


Anak ayam akan tinggal di reban berlantai tinggi
 sehingga berumur dua bulan.
Selepas itu mereka akan di pindahkan ke penempatan kekal
 reban berlantaikan pasir atau habuk kayu.


Salam bertani


24 ulasan:

  1. Unik nama ayam ni..mcm western gitu🤣🤣🤣 bestnya wak dpt kutip hasil telur dari reban sendiri!terbaekkkk

    BalasPadam
  2. Ayamnya sehat sehat banget Wak...rajin merawat ayam...jadikan ayam sehat dan nanti bila dipanen hasilnya memuaskan

    BalasPadam
  3. bestnya ngutip telur ayam nanti wak... buat live wak hehehe

    BalasPadam
  4. happynya pagi2 dpt kutip telur..dulu pernah bela burung puyuh,bangun pagi excited nak masuk reban kutip telur

    BalasPadam
  5. sronok tu bila anak2 ayam dh besar lps tu dpt kutip hasil

    BalasPadam
  6. Bestnya, tak perlu lagi beli telur di kedai.

    BalasPadam
  7. Cantik hidup Wak sekeluarga. Sumber makanan banyak diperoleh hasil usaha sendiri.

    BalasPadam
  8. Enaknya Wak punya berbagai macam ada kebun, ada ternak, lengkap sudah, tinggal pilih dan ambil hasilnya

    BalasPadam
  9. Lagi sebulan dapatlah kutip telurnya ye Wak 👍
    Mahal rupanya harga seekor ayam lohmann ni... Besar modalnya ye Wak nak bela ayam pun...

    BalasPadam
  10. Perkongsian yang menarik. Semoga bertambah rezeki

    BalasPadam
  11. Semoga makiiiin banyak nantinya Wak. Begitu juga telur2 nya. Lagi mahal telur di sini 🤭. Lumayan juga kan kalo bisa dijual dan konsumsi sendiri

    BalasPadam
  12. bestnya bela ayam telur..kalo saya agaknya teruja jumpa telur tiap hari..hahahaha

    BalasPadam
  13. Wak, telur tu terjadi secara semulajadi atau kena ada bapak ayam dalam sangkar tu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tiba timenya dia bertelur sendiri, takpayah pakai bapak

      Padam
  14. Wak..kalau sembelih daging dia liat x? Ke ini yg dipanggil ayam pencen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah berumur dua tahun setengah dan kurang bertelur dia akan disembelih sebagai ayam pencen

      Padam
  15. Untung wak dapat telur ayam banyak. Sihat ayamnya pun.

    BalasPadam
  16. besar-besar.. cantik warna bulu dia..

    BalasPadam
  17. mahal juga ya seekor... mungkin sebb bakanya yg baik

    BalasPadam
  18. Sihat dan gebu-gebu ayam tu semua.

    BalasPadam
  19. sekejap aje dah besar2 semuanya

    BalasPadam
  20. Tiap kali tengok ternakan wak..semangat nak menternak....tapi takda ilmu

    BalasPadam
  21. Tiap kali tengok ternakan wak..semangat nak menternak....tapi takda ilmu

    BalasPadam