Ahad, 4 September 2022

Meracun Rumpai di Kebun Durian

 Salam bertani

Selepas musim buah, pokok durian perlu diberikan baja untuk mengembalikan kesuburannya. Sebelum dibaja, rumpair yang dah menghijau perlu dihapuskan supaya tidak berkongsi baja dengan pokok durian. Selalunya rumpair ini wak potong menggunakan mesin rumput tetapi ia cepat menghijau kembali dalam masa tak sampai sebulan. Kali ini wak ambil keputusan menyembur racun rumpai. Dalam masa semingguan juga kerja-kerja meracun rumpai baru siap. Lepas ini bolehlah membaja pula.



Wak gunakan racun rumpai jenama Basta 15
Racun rumpai ini tidak merosakkan akar tanaman
Satu tong 5 liter ini berharga RM250
Wak habiskan 3 tong 


Keadaan rumpai selepas beberapa hari disembur racun rumpai


Selepas seminggu rumpai dah nampak kering


Rumpai perlu dihapuskan untuk mengelakkan persaingan
menggunakan baja tanaman


Meracun rumpai di perdu anak durian


Dapat mengawal rumpai lebih lama berbanding 
menggunakan mesim pemotong rumput


Lepas ni bolehlah menabur baja pula


Saalam bertani









27 ulasan:

  1. Boleh tahan mahal juga harga 1 tong ya wak

    BalasPadam
  2. Asalam tuan, alhamdulillah...semoga dimudahkan urusan...kami di Johor ketika ini..

    BalasPadam
  3. Rajin betul wak, kagum dengan kerja wak berkongsi ilmu racun rumpai.

    BalasPadam
  4. Racun sekarang mahal ya wak. Hari adik tanya tong besar hampir RM500 wak...huhuhu

    BalasPadam
  5. Mak oiii.....RM250 sebotol tu....bleh tahan keras belanjanya untuk berkebun ye wak...

    BalasPadam
  6. Boleh tahan harga racun sekarang Wak. Sekali air bah sekali pantai berubah. Semua barang naik harga.

    BalasPadam
  7. racun pun mahal sungguh sekarang. Masa stor kami dipecah masuk dulu tu, Pam racun dan tong tong racun pun habis dirembat penyangak tu.

    BalasPadam
  8. Besar kosnya menyelenggara hasil tanaman ye Wak. Mudah-mudahan membuahkan hasil yg lebih lumayan utk Wak 🤲

    BalasPadam
  9. kalau diracun lambt la rumput membiak kan

    BalasPadam
  10. Besar juga mantainance dusun ye wak...racun,baja,merumput,saliran etc..
    5L racun
    x 3 tong..masa meracun semingguan..jap jap nak congak keluasan dusun Wak...hihihi

    BalasPadam
  11. Takut pada Wak guna racun rumpai. Kena guna berhati-hati.

    BalasPadam
  12. Besarnya kebun. seronok ada kebun buah2 cam ni

    BalasPadam
  13. wah..besar kebun, besar jugak la modalnya yer...

    BalasPadam
  14. Tak sangka kos untuk bahan pertanian mahal juga..

    BalasPadam
  15. Terima kasih berkongsi, secara tak langsung dapat jugak saya ilmu bertani.

    BalasPadam
  16. betul2..kena hapuskan rumpai supaya tak membazir baja..

    BalasPadam
  17. Oh! kena guna racun ni ya WP baru akar pokok tak rosak sekali. Terima kasih atas perkongsian ilmu baharu bagi Mrs. A. Jiran sebelah rumah mertua pernah racun keliling rumah dia tapi pokok duriannya tu terus macam tak sihat nak makan buahnya pun dah seriau kok ada racun. tak silap guna racun roundup

    BalasPadam
  18. Boleh tahan mahal juga ya racun tu . 5liter pun kena ada rm250

    BalasPadam
  19. Racun pun mahai jugak harganya ya Wak.. jenuh..

    BalasPadam
  20. Senang meracun hapuskan persaingan. Kebun pun nampak bersih tak bersemak. Tapi jenuh juga meracun kebun luas luas ni.

    BalasPadam
  21. Racun itu jenis sentuh ke wak tak merosakkan akar durian.. Banyak sy tengok pokok durian merajuk. Tak berbuah selepas meracun di bawahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Racun sentuh jenis Basta ni tak merosakkan akar tanaman.
      Tetapi harganya agak mahal

      Padam