Salam bertani
Wak dah selesai membaja pokok durian dewasa selepas berakhirnya musim buah-buahan baru-baru ini. Kali ini wak gunakan dua jenis baja sebatian impot jenama Jambatan. Baja sebatian 12:12:17 dan juga 16:16:16. Bagi pokok durian yang berbuah lebat pada musim yang lepas, wak berikan baja 16:16:16 untuk memulihkan kesuburannya. Baja 12:12:17 pula wak berikan kepada pokok durian yang tidak berbuah (walau pun berbunga lebat) dan yang kurang berbuah pada musim yang lepas. Setiap pokok akan diberikan lebih kurang 5 kg baja dengan menaburkannya di sekeliling kanopi pokok.
Pokok buah-buahan lain seperti cempedak, manggis, rambutan, pulasan dan duku langsat tidak diberikan baja selepas berbuah kerana harga baja yang sangat mahal sekarang ini.
Pokok durian akan diberikan baja 12:12:17 sekali lagi pada awal tahun depan sebelum musim berbunga bermula. Pokok-pokok buah-buahan lain juga akan diberikan baja yang sama pada masa itu
Ya ampun..mahalnya harga baja..
BalasPadamAdakah memang harganya begitu atau melambung selepas covid?
Sepokok 5kg..
Sekampit hanya dapat 10 pokok..Boleh tahan kos
Aah... baja memang mahal. Mujurlah pokok getah dapat bantuan pekebun kecil risda
BalasPadamMahal banget harganya ya baja oh baja..bbm oh bbm
BalasPadamBaja yg mahal hasil ya pon lumayan jugak kan kangji.. hebatts2
BalasPadamBesar modalnya, patutlah durian wak sedap2.
BalasPadammoga hasilnya pun lumayan ye wak
BalasPadamBanyak juga baja diperlukan utk 1 pokok ye, 5 kg.. moga hasilnya bertambah lumayan Wak 🤲
BalasPadamyummy! hasil buahnya sangat memukau wak...jadi ingin beli durian mbul hehehhe
BalasPadammakanan pokok mesti diberi ikut perlu barulah ramah buahnya
BalasPadamMudah-mudahan pokok durian akan berbuah lebat.
BalasPadamMahal jugak rupanya harga baja ya Wak..
BalasPadamBerbudi pada tanah, Insyaallah pasti berhasil.
BalasPadamterbaiklah wak. semoga dpt hasil yang lumayan
BalasPadamBanyak jugak baja yang diperlukan untuk satu- satu pokok...
BalasPadamtudia seraga durian wak.
BalasPadamcantik pulak logo agrobridge tu... simple
BalasPadamHarga baja pun bukan biasa biasa tu. Bersih kebun wak. Seronok masuk kebun bersih tak semak camni. Alahai, rindu pulak nak makan durian.
BalasPadamlain kali wak buat le pakage pelancongan kat kebun buah wak. Sambil makan sambil membeli sambil melancong keliling kebun. Boleh wak....lagi best dapat kenal wak dengan geng blogger semua
BalasPadamAduh!! Aduh!! Kalau dapat sebiji pun puas makannya..
BalasPadamharga baja mahal jadi pembeli tak boleh komplen lah harga buah mahal.
BalasPadamalaa rindunya nak makan duyan
BalasPadamBuah durian di kebun saya di jeli kelantan jadi kehitaman di bahagian bawah..wak tahu tak apa sebabnya..dulu kebun getah dan dibersihkan bulan 5 lepas tinggal pokok buahan saja.durian ni buah lebat osi kuning tapi last2 hitam bhgian bawah.
BalasPadamWak tak pernah alami lagi. Mungkin disebabkan serangan kulat atau faktor cuaca seperti kemarau atau lebihan hujan.
Padam