Sala bertani
Wak baharu sahaja selesai membaja anak pokok durian di dusun WP. Bulan ini wak bagi baja kimia. Sebatian NPKMg 15:15:6:4 khas untuk anak pokok . Anak pokok durian biasanya wak bagi baja setiap bulan. Baja sebatian, baja organik, dolomit dan baja foliar bergilir-gilir setiap bulan. Jom ke dusun
Baja sebatian impot cap jambatan 15:15:6:4+Te
untuk anak pokok durian
Harganya anggaran RM260
Cara membaja sebatian kepada anak pokok durian
Baja ditaburkan di sekeliling pokok dan tutup dengan tanah semula
Baja organik cap Jambatan RM35 sebeg 25 kg
Racun kulat Monceren RM70 sepek 500 g
Racun serangga Pazelo 505 RM 60 sebotol 1 liter
Maklumat tentang baja organik Champion 5:5:5
Baja organik 555 ditabur di sekeliling kanopi pokok
Ini juga baja organik yang sesuai untuk anak durian
Baja 888 atau biasanya dipanggil baja kopi
Dolomite untuk memperbaiki struktur tanah
dan keasidanan tanah
Harganya anggaran RM80 sebeg 50 kg
Tabur dolomite di sekeliling anak pokok
Dolomit juga digunaan sebagai baja lubang
sebelum menanam anak pokok durian
Baja foliar Bayfolan
Harganya RM100 setong 5 liter
Disemburkan pada daun dan batang anak pokok durian
Baja Foliar Acrecio untuk perkembangan akar
Harganya RM250 setong 5 liter
Disembur kepada daun dan tanah di sekeliling perdu pokok
Anak pokok durian duri hitam
Anak pokok durian D17
Anak pokok durian Kim hong
Salam bertani.
Baja setiap bulan sehingga besar lah ye wak. Kos dia boleh tahan juga ya
BalasPadamwah...selamat membaja!
BalasPadamwah banyak jenis durian ni wak dan baja pun macam-macam jenis. Ni semua pokok baru tanam ke wak
BalasPadamAgak-agak lagi berapa lama tu baru dapat hasilnya Wak?..
BalasPadamBoleh tahan jugak harga bajanya ya
BalasPadamMakin banyak pokok durian wak nanti ni...
BalasPadamPelaburan jangka panjang.
BalasPadamBoleh tahan jugak kos nak membaja ya Wak..
BalasPadamBanyak jenis baja. Patutlah pokok buah-buahan wak elok keluarkan buah.
BalasPadamVM baru follow sini. menariknya tips. teringin jugak nak tanam pokok durian. dapat makan banyak banyak bila musim hehehe
BalasPadamberapa pokok durian wak ada semuanya wak? makin banyak nampaknya
BalasPadamBestnya bercucuk tanam. Ada dusun. Boleh berbakti pada tanah. Pokok dah besar makan hasil.
BalasPadamPatutlah harga durian mahal ye, kos menjaga & membajanya sgt tinggi...
BalasPadamSetelah ditaruh baja apa tak perlu ditimbun dengan tanah,Wak?
BalasPadamMasha Allah wak, semoga semakin berkah sahaja. Saya senang sekali melihat bercocok tanam seperti ini.
BalasPadamBanyak kosnya.. Patutlah harga durian mahal..
BalasPadamaduh..patulah durian mahal
BalasPadamsemoga menjadi tanaman WP
BalasPadamsemoga membesar dgn jayanya dan memberikan buah yg byk
BalasPadamBanyak baja digunakan. Begitu rupanya teknik membaja pokok. Macam-macam jenis pokok durian. Semoga hasilnya semua bagus. Seronok nanti dapat makan berjenis jenis durian.
BalasPadamharga baja pun boleh tahan mahal.. banyak jenis pokok durian wak tanam
BalasPadambanyak sungguh pokok.. puas tuai hasil nanti pakcik
BalasPadam