Salam bertani
Kita dah melangkah ke bulan Oktober. Bulan-bulan terakhir ini (Oktober, November dan Disember) merupakan musim hujan kerana berada dalam monson timur laut. Jadi ceritanya semalam wak membeli empat pokok anak durian klon untuk ditanam di dusun sempena musim hujan ini. Wak simpan dulu anak-anak pokok durian ini untuk pemulihan. Selepas dua minggu nanti barulah boleh diubah ke dusun.
Dua pokok anak durian duri hitam D200
Ketinggian 2m
Harga RM120.00 sepokok
Sepokok anak durian IOI D168
Ketinggian 2 m
Harga RM60.00
Sepokok anak durian musang king D197
Harganya RM70.00
4 pokok anak durian klon
RM 370.00 semuanya.
Salam bertani
Boleh tahan juga kan harga ank pokok pun. Semoga dpt hasil yg lumayan WP
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga nanti bila dah dipindahkan ke kebun, hidup hingga mengeluarkan hasil.
BalasPadamPatut lah durian mahal...Anak pokok pun boleh tahan harga.Semoga dimudahkan urusan,dilimpahkan rezeki yang barokah
BalasPadammoga anak2 pokok durian yang ditanam dapat membuahkan hasil dan pulangan pendapatan yang baik kpd wak nnt insya allah
BalasPadamanak pokok pun dah beratus harganya... nak menjaganya pun makan masa dan modal juga,, nak di baja... nak disiram.. nak dijengah..jgn bagi ada serangan serangan...patutla buahnya mahal yaa
BalasPadamSemoga anak2 pokok durian wak membesar dengan sihat
BalasPadamAgak2nya untuk capai ketinggian 2M tu berapa lama masa yang di ambil?
BalasPadamDalam polybeg tu dah setahun umurnya
PadamPolybeg pun dah tukar 2 kali
Mahal jugak ya anak pokok durian..patutlah harga durian pun mahal...dgn baja dan racun lagi..
BalasPadamSalam ziarah ..subur bibit Durian...pasti cepat membesar mengeluarkan hasil...aammin
BalasPadamlarang tenant tapi ora opola kangji.. wong sugeh.. aminn
BalasPadamMugo sugeh tenant
PadamPatutlah durian mahal. Huhu :)
BalasPadammahalnya benih durian moga tumbuh membesar n subur
BalasPadamMahal juga harganya wak?
BalasPadamTu harga kawan2 uncle
PadamKalau harga jualan sebenar lagi tinggi
nanti hasilnya pos pada kami ye wak kikiki
BalasPadamIn syaa Allah
Padamboleh tahan harganya.. moga anak-anak durian tu membesar dengan baik dan dapat hasilnya nanti
BalasPadamMoga membuahkan hasil yang lumayan inshaAllah
BalasPadamAnak pokok duri hitam lagi mahal sepokok dari musang king. Apakah memang durian duri hitam lagi sedap ke wak dari musang king sebab tu harga pokoknya lebih mahal
BalasPadamSekarang duri hitam tengah top
PadamHarga anak benih dan harga buahnya lebih mahal daripada musang king
uiiiii mahal jg ya wak...mmg kena jg bebaik lps ni
BalasPadamMakin bertambah pokok pokok durian wak. Macam macam jenis durian adaaaa...Mahal betul harga anak pokok durian pun. Semoga hidup subur dan memberikan hasil yang lumayan nanti. Aaaminn...
BalasPadamHarap hidup subur lah pokok-pokok ni.
BalasPadamMahal juga ya pokok anak durian nie.. semoga hidup subur lah nanti macam pokok-pokok durian Wak yang lain kat kebun tu ya..
BalasPadamwah, harganya..leh tahan. moga terus membesar yer...
BalasPadam10 tahun lagi isnyaAllah dapatlah hasilnya...
BalasPadamKalau jaga betul, hidup subur
Padam5 tahun dah boleh kelur hasil
Boleh tahan pelaburannya ya wak
BalasPadamOh kena buat pemulihan dahulu ya? Harap hidup apabila ditanam.
BalasPadamPemulihan untuk sesuaikan di tempat baharu
PadamElakkan pokok stress
selamat bertani wak. semoga pokok durian wak menjadi
BalasPadamWahhhh, ada rupanya klon ekkk
BalasPadam