Salam bertani
Musim buah-buahan di dusun WP secara rasminya sudah berakhir. Ada lebih kurang 10 pokok rambutan yang berbuah lebat tetapi hanya sedikit sahaja hasil yang dapat dimanfaatkan. Kebanyakan buah rambutan tidak dituai dan tidak dapat dipasarkan pada musim PKP ini. Adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan juga tidak dapat memeriahkan dusun pada musim buah kali ini.
Buah rambutan yang sudah terlalu tua dan akan gugur sendiri
Buah rambutan anak sekolah ini sudah habis gugur tidak tertuai
Sebahagian kecil sahaja yang dituai untuk makanan sendiri
Ada juga kawan-kawan terdekat datang menuai.
Sudah hampir luruh semua
Buah rambutan jarum emas yang melimpah ruah hingga
mencecah tanah ini tidak dapat dimanfaatkan
Sepohon rambutan ini asalnya menghasilkan beratus kilogram buah.
Buah yang terlalu masak ini kebanyakannya gugur sendiri.
Buah rambutan yang sudah terlalu masak
Isinya sudah kecut dan berair tidak sedap dimakan
Salam bertani
dari jauh pun dah boleh nampak rambutan berbuah lebat betul ya .
BalasPadamBerbuah lebat tu wak..musim PKP berbuah pula rambutan kan..
BalasPadamYa Allah..sayangnya kan bila hasil tak dapat dikongsi bersama. Cepatlah berlaku pergi covid
BalasPadamJadi rezeki burung-burung.
BalasPadamsini pun sama, tengok camtu je bagi yg berkebun. nak hantar ke bandar tak berbaloi, byk sekatan jalan
BalasPadamPunya banyak buahnya ye? Warnanya pun merah menyala.....suka buah rambutan.
BalasPadamSuka tengok pokok rambutan merimbun. Lalu tepi jalan sampai buruk sendiri buahnya. Macam takde yang petik. Nak mintak, segan.
BalasPadamAduh rugi kan tapi itulah tidak termakan dan hendak beri orang pun terhad.
BalasPadamMa sha Allah...
BalasPadamLebatnya buah,semoga sedikit hari lagi dapatlah anak cucu dan saudara mara dapat rentas negeri.Pulang dapat makan rambutan lanjut usia pun tak apalah,janji dapat balik
sayangnya...tapi betul, hari tu saya beli manggis pun, pakcik tu ckp dia jual murah2 jer..sbb anak cucu x dapat balik. sedih je dgr...
BalasPadamteringat pokok rambutan kat rumah arwah nenek dulu..sepokok je but mcm ni la..merah buah2 nya.
sayang nya wak... dana suka buah rambutan yang dah masak sangat sebab berair heheheh... masa tu tengah pkpd nak kemana nak menjual ke pasar pun payah ye wak
BalasPadamSedapnya rambutan ranum mungkin sempat tunggu sedara mara dpt rentas negeri n daerah ke sini mengaitnya.
BalasPadamaduh... sayang nye
BalasPadamsayangnya wak tapi betul lah selalunya kalau kat kg time ni lah kami adik beradik balik muo petik ramai-ramai. Tahun ni emm sedih je tenguk rambutan masak tak berpetik tu pun bagitahu jiran kalau nak petik sendiri.
BalasPadamSayang bila banyak buah rambutan tak tertuai ni bila anak cucu sedara mara tak dapat balik kampung. Salah satu kesan bila PKP ni kan. Harapnya sempatlah ada yang dah balik dan merasa.
BalasPadamaduhai sayangnya. banyak negeri berubah fasa pun selepas habis musim buah.
BalasPadamlebat buahnya..merah merimbun
BalasPadamGeram nya tengok... melayut-layut!
BalasPadamSayangkan Wak :(
BalasPadamTapi apa boleh buat, bukan rezeki anak cucu sahabat handai tahun ni.
Sama kisahnya dengan pokok buah di rumah mak. Walaupun tak banyak macam pokok kebun wak, tapi ada yang terbiar gitu je. Sayang…tapi apa boleh buat.
BalasPadamSayang rasanya, tapi itulah, keadaan belum mengizinkan.
BalasPadamPuhhh..dapat ku bayangkan kemanisan yang ditawarkan oleh rambutan ni...
BalasPadamAlahaiii...sayangnyaaaa.......tapi nak buat cane kan wak...
BalasPadamPKP x semua boleh balik
bila. lama. sgt dah tak sedapp rambutan ni
BalasPadamakhirnya terbuangg je
sama. dgn pokok2 di kg sy tu sayanggg sgt buahhnya tak terlarat mkn
great post and photos :) onkolog lublin greets. :)
BalasPadambanyaknyaa wak..ni kalau saya dekat dah minta sikit dah hahahaa
BalasPadamAla.. kalau dekat saya dtg wak tlg tuaikan hihi
BalasPadam