Salam bertani
Beberapa hari yang lepas wak tuai setandan pisang 40 hari sebab dah ada yang masak kat pokok. Pada hari ini wak juga menuai setandan buah pisang kapas dan buah pisang tanduk. Seminggu dua ni menjamu pisang sahajalah.
Buah pisang 40 hari ni wak tuai minggu lepas
Ada buahnya yang sudah menguning
Simpan sehari dah banyak yang masak.
Sebahagian buahnya pecah kerana lewat dituai
Dah dipotong sisirnya untuk diagih-agihkan.
Buah pisang 40 hari sedap dimakan sebagai pencuci mulut
Boleh juga dibuat cekodok dan lempeng
Buah pisang lemak manis ini sudah boleh dituai
Tapi wak tak tuai lagi sebab baru sahaja
menghabiskan stok yang lepas
Buah pisang lemak manis lebih sedap daripada buah
pisang 40 hari
Ni pula buah pisang tanduk
Boleh buat kerepek pisang masa hijau macam ni.
Kalau dah kuning nanti kena gorenglah
Tuai juga buah pisang kapas
Setandan ni ada 9 sisir
Peram seminggu masaklah
Lepas ni setiap hari melempeng dan mencengkodok pisanglah
Salam bertani
Makan buah-buahan yang original, masak di pokok sendiri...
BalasPadamCantik sekali pisang tandan tu
BalasPadamwahh...pisang tanduk saya minat...dan ade tanam dibelakang rumah dan teringat masa di pahang dulu, kitorang ade buat projek tanaman pisang tanduk..
BalasPadamApepun, tahniah wak..memang rajin dan berbudi kepada tanah.
Harga pisang tanduk sekarang pun dah mahal
PadamKalau ada kawasan memang bagus tanam untuk kegunaan sendiri
banyak hasil kebun wak..
BalasPadamBerkenduri pisanglah ye Wak. Macam- macam jenis pisang Wak tuai
BalasPadamPisang ni kadang2 tak tertuai Amie terutama pisang kapas
PadamWak biarkan aje kat pokok sampai habis
Wak. Macam mana nak tahu pisang dah boleh dituai? saya ada setandan pisang lilin sudah 2 bulan umurnya.
BalasPadamBuah pisang ada jangka waktu matangnya.
PadamYang senang tenguk pada buah pisang kalau dah padat isinya atau dah ada yang pecah bolehlah tuai.
Kalau pisang lilin tu ada sebiji yang dah kuning bolehlah tuai.
Baru sy tahu ada pisang 40 hari. Dia takde kena mengena dengan kari kambing yg dekat dgn rumah wak tu kan?? 😆
BalasPadamLepas ni dah boleh rentas daerah
PadamBolehlah SK pekena kari kamping 40 hari tu.
Wak pun dah lama tak ke situ
Aduh.. Saya punya pokok pisang 40 hari dah lama tanam, nampak terbantut je pembesarannya.. Mungkin tanam belakang rumah saya tu tak berapa sesuai agaknya.
BalasPadamSelama ni saya ingatkan pisang 40 hari dengam lemak manis tu sama.Rupanya lain ..
BalasPadamHaa aa lain
PadamPisang lemak manis lebih sedap
tapi buahnya sikit tak macam pisang 40 hari
Terima kasih wak kongsikan info tentang pisang dan tanaman lain. Taklah confused lagi pasni. Lebat juga buah pisang setandan ni. Pisang tanduk tu muda tu sedap buat kerepek. Kerepek pisang tanduk kalau jual boleh tahan mahal jugak.
BalasPadamboleh tahan berat gak buah cempedak nangka tu.
Br baca pasal pisang kapas kat blog fiza
BalasPadamPisang kapas yg masih hijau sedap dibuat gulai..
BalasPadamHa aa sedap buat gulai lemak campur kaki ayam.
PadamWak suka makan kulit pisangnya tu
seronok betul tengok hasil kebun wak ni.... bila laa boleh singgah.
BalasPadamComelnya!
BalasPadammacam-macam ada wak..terima kasih wak kongsikan Info tanaman semua ni!
BalasPadamSeronoknya tengok hasil tuaian Wak.. alhamdullilah..
BalasPadamPisang kapas sedap nya buat masak...suka kulitnya. Geramnya tenguk pisang 40 hari. cempedak nangka mana nak dapat benihnya wak. Hari tu beli anak pokoknya tapi bila di tanam kat kg dia mati. Sedap cempedak nangka tu sebab isinya besar rasa cempedak.
BalasPadamTu buah cempedak durian bukan cempedak nangka. Benih cempedak durian ni ada jual kat nerseri2 pertanian tertentu. Kalau nak tanam sepokok dua, order aje kat Shopee/Lazada
PadamSeronok tgk hasilnya wak.. sedap Pisang masak atas pokok
BalasPadamUntung wak, dah jimat kos sayur dan buah
BalasPadamMacam-macam jenis ada. Saya pun suka pisang kapas
BalasPadamsuka pisang tanduk goreng..gebu gebas..
BalasPadamYa Allah...seronoknya. Ayu suka makan pisang, makan mcm tu, buat cekodok, wat lepat pisang...
BalasPadamdulu masa beli rumah, memang cari rumah yg x ada tanah...sbb malas nak cabut rumput, sekarang dah minat tanam2 ni, nyesal plak beli rumah yg x de tanah.. he he he..tanam dlm pasa x sama dgn tanam atas tanah..kan?
Tanam dalam pasu atau bekas2 lain sikit2 pun boleh
Padamwak ada tanam tak pisang tanduk yang kuar sebiji je tu...
BalasPadamDulu pernah dapat
PadamTapi rugilah SS sebab sikit hasilnya.
Zaman jerebu dulu, memang ada fenomena pisang tanduk berbuah sebiji dua, malah ada ramai yang tak berbuah.