Ahad, 19 September 2021

Beli Sayur?

 Salam bertani

Wak jarang-jarang beli sayur-sayuran untuk menu masakan harian di rumah. Biasanya wak cari aje apa-apa sayur yang ada di sekeliling rumah atau di dusun. Sayur-sayur kampung dan ulaman memang sentiasa ada bekalan. Lagi pun masak sayur untuk 2/3 oarng makan memanglah tak banyak. Wak tunjukkan sebahagian daripada sayuran kampung yang ada.



Sayur pucuk manis dan pokok betik
Buah betik pun kadang2 wak buat sayur


Pucuk ubi pulut tepi rumah


Tak pernah beli serai


Ada pokok ulam tenggek burung,
Lengkuas merah, keladi sarawak
dan pucuk ubi


Pokok cili kampung tepi longkang


Baru tanam pokok bendi


Pokok bayam brazil


Daun kesum


Taman bendi dalam polibeg


Pokok kacang panjang renek


Pokok kunyit tepi rumah


Ni pokok buluh manis
Wak tanam awal tahun ni
Rebung buluh manis paling sedap
Ada juga pokok buluh madu yang lebih kecil


Pokok labu manis
Selain buah, pucuknya juga boleh buat sayur


Ulam pegaga


Pokok kantan merah


Pokok belimbing buluh tepi rumah
Buahnya tak putus2
Yang hijau kat belakang tu pokok kantan pink


Pokok cekur ke kencur


Pokok keledek sayur
Pokok keledek ini tidak berbuah, ditanam untuk
pucuknya dijadikan sayuran


Pokok keladi sayur di hujung paip luar
Di belakangnya tu pokok turi
Salam bertani


55 ulasan:

  1. Bestnya wak. Ulam pegaga tu bukan je sedap buat ulam... Masak tumis pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukkan dalam sup pun okay
      Gantikan daun saderi/daun bawang

      Padam
  2. meriah umah wak dengan pokok sayur2an dan ulam2

    BalasPadam
  3. Memang tak perlu beli sayur Wak. Lebih dari cukup dah bekalan pelbagai jenis tanaman Wak untuk dimakan seisi keluarga.

    BalasPadam
  4. Best kalau ada kebun.. tak perlu beli sayur ..

    BalasPadam
  5. Salam ziarah,semua ada, jimat wak...alhamdulillah..subur semua..rasanya ada memberi pada jiran taulan..

    BalasPadam
  6. Seronoknya duduk kampung tanah luas. Betul wak, duduk kampung tak payah beli sayur. Senang nak masak petik je. Semua subur subur tanaman wak. Wak, benih pokok tenggek burung tu ada ke? Kalau beli benihnya boleh ke?

    BalasPadam
  7. Seronoknya Wak kalau ada tanaman sayur macam nie kat rumah saya. Nie pun saya tengah usaha juga tanam sikit-sikit bahagian belakang rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kawasan terhad, tanam dalam pasu atau polibeg pun boleh
      Tu wak tanam bendi dalam polibeg

      Padam
  8. Bagus Wak banyak sayur ditanam. Tak perlu susah-susah pergi beli kat pasar dah.

    Tak berani saya nak tanam serai. Kes pernah jumpa 🐍 dalam tu.

    BalasPadam
  9. Bestnya tengok sayur Wak tanam. Dulu masa kecik dan sukar nak dapat bekalan makanan, mama selalu masak betik masak lemak. Sedap juga. Dah lama tak makan betik masak lemak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 buat juga buah betik mengkal masak lemak atau tumis. Wak memang suka

      Padam
  10. seronoknya wak, ni memang tak payah beli wak boleh jual lagi semuanya...

    dana baru tahu ada pokok keledek utk daunnya je ingatkan yang orang jual daun keledek tu memang dr keledek yg ada ubinya wak...
    dah lama tak masak tumis betik muda
    seronok kan kat kampung, sebab tu kalau balik ke kampung semua benda sayuran buah mak abah akan bekalkan suruh bawak balik, tak payah beli petik tepi rumah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 memang wak jualan sayur kampung kat pasar tani.
      Tapi dah lama berhenti sebab banyak komitmen lain dan bekalan sayur pun dah kurang. Sekarang tanam main2 untuk kegunaan sendiri aje.

      Padam
    2. Keledek daun tu memang khas buat sayur aje
      Orang cina memang suka.
      Susah nak dapat benihnya tu

      Padam
  11. ulam pegaga tu antara ulam favourite sy,,menarik byk tanaman ulaman di sekitar rumah.. boleh jimat belanja dapur

    BalasPadam
  12. segala macam sayur sekeliling rumah boleh jadi menu bergantian tiap hari ..banyak mkn sayur berkhasit badan pun sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya sayur2 kampung dan ulaman ni takde kesan racun serangga seperti sayur komersial yang kita beli tu.

      Padam
  13. lain macam pokok keladi tu.. Pokok kunyit banyak gila..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pokok keladi sayur.
      Tanam sekali tahan bertahun2.
      Anak2nya sentiasa bercambah.
      Kita ambil yang besar aje buat sayur

      Padam
  14. Seronok kalau ada tanah lapang begini.. Macam-macam boleh buat.

    BalasPadam
  15. bestnya banyak sayuran tepi rumah. kami kat kampung perak mmg makan je sayuran tepi rumah aje. ni duk bandar, nanam dlm pasu daun kunyit, pegaga, bayam brazil.. itu aje la.. hehehe

    BalasPadam
  16. bahagianya kan dikeliling pokok2
    nk mkn pilihh je
    gemukkk daun kesum tu sukaaa tgk
    tenggek burung alam sedapp ni
    mcm2. ada.

    BalasPadam
  17. lama tak makan pegaga la wak. Sedapnya buat urap. Pedas-pedas sikit, membuka selera tu mkaan dengan nasi panas.

    BalasPadam
  18. Bestnya...nk mkn terus ja petik..fresh lg...banyak jimat wak..

    BalasPadam
  19. seronoknya tengok penuh kehijauan. sumber makananpun fresh dan jimat

    BalasPadam
  20. Kalau macam ni memang tak payah beli sayur Wak :)
    Betik muda buat sayur sedapkan Wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak kalau buat sayur betik suka yang dah mengkal, yang dah ada merah2 sikit tapi masih keras. Buat masak tumis, sepiring boleh habis meratah, sedap ada rasa manis2 gitu

      Padam
  21. Serba kehijauan. Banyak jugak pokok yang wak tanam ni ada kat sekeliling rumah kita. Duduk kampung kan. Betik masak lemak tu sedapnya!

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah, seronok petik dengan jari semuanya :)

    BalasPadam
  23. Masya Allah..seronoknya dikelilingi segala pokok sayuran dan ulaman.
    Nak berangan jugak la pencen nanti nak tanam macam ni keliling rumah...hihihi

    BalasPadam
  24. bila berbakti pada tanah akan ada hasilnya , seronok bila tanaman ni keluarkan hasil yang begitu banyak , boleh petik je segar-segar

    BalasPadam
  25. Subur2 belaka.. kalau nak makan petik aje kan.. beruntungnya

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah.. jimat banyak tu Wak.. dpt hasil tanaman yg segar2

    BalasPadam
  27. Daun keladi sayur tu sedap buat bontel sumbat sambal kelapa muda

    BalasPadam
  28. Wak yang patut menjual sayur, bukan membeli. Hehe

    BalasPadam
  29. kalau dah gitu banyak memang tak perlu lah beli wak.. cuma kalo teringin sayo "bandar" je beli.

    BalasPadam
  30. Bestnya wak bawak- jenjalan kebun....seronok SA tunjuk kat Pak Zain....kalau kami ada tanah luas mesti best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Zain ni macam wak juga suka bertani
      Cuma part masak wak surenderlah, Pak Zain memang terrer
      masak.

      Padam
  31. alhamdulillah..seronoknya. nak makan main petik je keliling rumah.

    BalasPadam
  32. pokok bendi saya dah berbunga semalam..da gugur rasanya tu...nanti dalam 3 hari da bole tuai la kan bendinya...tapi ada satu pokok aje..ahahahahah!!! nanti nak semai lagi beberapa polibeg..dapat makan banyak sikit..

    BalasPadam
  33. Suburnya WP… kan best Kalau berjiran boleh mintak sayur hari hari hahhaha

    BalasPadam
  34. Saya try tanam pucuk manis takmo merimbun. Nak masak pun tak lepas. Kena tanam tempat lain kot sebab padat dengan lengkuas, kantan dan pokok belimbing. Dia takda space agaknya

    BalasPadam
  35. Saya ni bukan org bandar.. Tau masuk hutan petik sayur jak.. Tp saya x pandai bercucuk tanam.. Semua yg saya tanam x menjadi.. Orang cakap tangan saya panas.. Hehe.. Ada tips x mcm mana supaya tanaman saya menjadi.. Semua pun saya mau tanam.. Tp tu la.. Semua x jadi..

    BalasPadam
  36. Pokok belimbing buluh yang saya tanam kat kampung asyik le merimbun naik tinggi. Tiap kali kena pangkas atasnya biar dia jadi rimbun di bawah. Tapi tu lah lama dah tak balik kampung ni entah apa jadi.

    BalasPadam