Salam bertani
Wak ada menanam beberapa pokok cempedak durian klon di dusun WP. Ada yang sudah berbuah dan ada yang belum sebab kebanyakan pokoknya masih muda. Kebanyakan pokok cempedak sudah berakhir musim buahnya termasuklah buah cempedak durian.
Pada pagi ini semasa membuat kajian lapangan di dusun WP, wak terperasan sepokok anak cempedak durian yang masih ada buahnya. Wak tak jangka pun pokok ini ada buah sebab umurnya baru jangkaan dua tahunan. Ada beberapa biji buahnya yang sudah lama gugur tetapi ada berbaki tiga biji yang masih segar di atas pokok.
Dapatlah wak menuai buah cempedak durian pada hari ini. Syukur, puas hati tanam cempedak durian CH38 ini.
Isi buah cempedak durian CH38
Inilah anak pokok cempedak durian di dusun WP
Baru belajar berbuah kali pertama
Buahnya berbaki tiga biji
Ada beberapa biji yang sudah gugur
Yang ini sudah matang di pokok
Baunya harum semerbak
Bentuk buah dan durinya seakan buah durian
Sebab itu dipanggil buah cempedak durian
Wak tuai dua biji
Sebiji yang kecil itu sudah busuk/rosak
Yang matang tu 2 setengah kg beratnya
Isinya setelah dibuka
Ulasnya besar seakan ulas durian
Warna krim kekuningan
Isinya agak tebal walau pun dari pokok muda
Sangat manis , lembut dan berjus
Puas makan, bakinya simpan dalam bekas
Esok boleh goreng buat kudapan
Salam bertani.
Wahhhh.. sedapnya cempedak goreng. Kalau makan kena pelan2, gigit sikit2 takut tercekik, hihi
BalasPadamnampak sedapnya cempedak di dusun wak ,
BalasPadamSalam kunjungan..cempadak saya gemar makan..begini ulas cempadak
BalasPadamCH38, boleh buat kuih..cantik isinya
cantiknya buah cempedak tu... pokok baru 2 tahun dan nampak kecik je dah buah. bestnya lahaii
BalasPadamMasya Allah..ada juga cempedak durian ya...Belum pernah rasa.Kalau cempedak nangka dulu pernah ada arwah ayah tanam..Kayanya ciptaan Allah..
BalasPadamcempedak durian, wow
BalasPadamcempedak nangka, cempedak kawen biasa dengar
wak, pokok tanam biji atau pokok tut ni
cantik pokoknya
wah...teknologi sekarang memang bagus... hasil cepat keluar dan lumayan pula hasilnya
BalasPadamTak pernah tahu kewujudan cempedak klon. Rasa dan bau tu macam mana Wak? Durian ke cempedak?
BalasPadamgeram pula tengok isi cempedak tu..
BalasPadamWaaa cempedak pun ada klon ye wak, baru saya tahuuuu. Ohhh panggil cempedak durian sebab bentuk dan duri macam durian, tapi rasa dia sama je macam cempedak biasa kan wak?
BalasPadamSedap dimakan begitu saja. Syukurlah pernah rasa cempedak durian beli di Ayer Hitam, tapi sekali itu saja. Tak jumpa dah selepas tu.
BalasPadamya allah. nampak gambar pun da terliur. sedap ni. dlu2 ada ja dekat rumah. skrg da xda. dan susah nak cari. jual di pasar mahal pulaa
BalasPadamRezeki WP.. pertama kali saya tahu mengenai cempedak durian..
BalasPadamDapat pekena cempedak goreng mamang amatlah membahagiakan 😆✨
BalasPadamCempedak durian=cempeian..
BalasPadamPertama kali tau ada spesis cempedak ni
kalau dekat memang terus g umah wak ni mintak beli 2-3 biji..haha..mmg sy suka mkn cempedak..
BalasPadamwow terbaiklah cempedak durian ni ulas besar puas makan
BalasPadamdana kalau cempedak durian ini wak, dana akan buang bijinya siap-siap lepastu potong kecil-kecil isinya kalau goreng sebiji gitu besar sangat... sebab udahla dia besar isinya tebal kan
BalasPadamBaru makan cempedak minggu lepas. Buah favourite juga selepas durian. Hehe
BalasPadamsedapnya..besar2 ulas dia..
BalasPadamOhh ini rupanya cempedak durian. Rendang pokoknya dah berbuah kali pertama. Rezeki tu wak. Puas hati isi tebal dan manis. Terima kasih share info dan gambarnya wak :)
BalasPadamPC pernah dengar orang sembang tentang cempedak durian ni wak. Cuma belum pernah rasa lagi. Bila tengok ni rasa puas hati, tebal dan penuh isinya. Bila isi lebih banyak daripada jeraminya itu yang gembira.
BalasPadamminggu lepas puas dapat makan cempedak gak wak, cempedak kampung kata si penjual, sekilo rm6 sebiji dalam rm13 , isi penuh gemok2 manis.. MAsyaa allah.. lepas makan mentah dengan buat goreng :)
BalasPadamAduh! Ini gpreng pun sodap!
BalasPadamcurious saya baca ingatkan kacuk cempedak dan durian, rupanya sebab rupa luaran. Terliur tengok isinya. Sedap kalau goreng
BalasPadamseronok, dua tahun dah dapat hasilnya.. menjadi pulak buahnye
BalasPadamingatkan kacuk dengan durian
BalasPadamhaah la ada iras iras buah durian sikit. cuma tak beduri tajam tajam
BalasPadamwah sedapnya tengok isi dia tebal warna kuning macam tu. dah lama tak makan cempedak.
BalasPadamsalam kenal, Wak. saya baru follow hehe
Kecik2 cili padi ni. Alhamdulillah elok isi dia nampak tebal juga. Tetiba teringat haritu makan cempedak madu. Isi dia nipis tapi sedapnyaaaaaaaa
BalasPadamAssalamualaikum wak. Sy baru perasan location wak di kluang. Area mana tu ya? Sy di kluang juga. Ada rezeki klu wak izinkan boleh datang kebun wak
BalasPadamCempedak durian..baru tau ada jenis ni.
BalasPadamYelah, memang lain kulitnya.
isi dia wak..gebu2 wak..pasti manis dan sedap!
BalasPadamWow..is dia cantik ulas besor2
BalasPadamAlhamdulillah... nampak sedap cempedaknya.. lamanya dah tak makan cempedak.. baru tau ada cempedak durian..
BalasPadamoh ada cempedak durian rupanya...baru tahu. Tahu cempedak madu cempedak nangka tu je.
BalasPadamSampai terasa krmanidannya kat sini. Mama x penah rasa lagi cempedak durian
BalasPadamooo patut lah..saya baru nak tanya dekat post yang baru2 tadi, kenapa cempedak tu nampak lain kulitnya..rupanya cempedak durian..
BalasPadamWalawehhhh! Sedapnyaaaaa nampakkkkk! Cempedak durian namanya eh..Baru tahuuuuu!
BalasPadamNak beli boleh ke?
BalasPadamMaaf dah habis musim
PadamBentuknya mirip nangka tapi rasa dan aromanya mirip durian. luar biasa buah ini memang
BalasPadamkampus sehat