Salam bertani
Sudah lama rasanya wak tak cerita pasal kerja-kerja nyawit. Dua pagian ini wak lakukan kerja memotong buah kelapa sawit di kebun tepi sungai. Semalam pagi memotong buah sawit dan hari ini mengumpulkan menggunakan kereta sorong. Memotong buah kelapa sawit biasanya dilakukan 3 minggu sekali. Alhamdulillah selesai juga buat kerja sorang-sorang.
BTS yang siap dituai dikumpulkan di tepi jalan kebun
sebelum dibawa ke pusat jualan
Tandan sawit yang siap dipotong sebelum dikumpulkan
Kumpulkan gunakan kereta sorong aje
Sepohon kelapa sawit
Kebun kelapa sawit
Buah sawit yang lerai juga dikutip dan dilonggokkan sekali.
Salam bertani.
Bertandang ke sini banyak mengingatkan zaman sekolah dulu subject Geografi.."Penanam Kelapa Sawit di Labis"
BalasPadamJohor menjadi pengeluar kelapa sawit utama di Malaysia..Kedah dengan padi,Pahang dengan balaknya,Perak dengan bijih timah,Trengganu dengan hasil lautnya..
Kini semua negeri terkenal dengan kobit...
Masa wak sekolah rendah dulu tak panggil geografi
Padampanggil Ilmu Alam
Wak memang minat sangat subjek ilmu alam ni
Masa sy tingkatan 1 dulu, pernah tolong mak angkat kumpul buah sawit ni masuk dalam kereta sorong.. seronok jugak, tapi kebun kecil, pokoknya tak la banyak
BalasPadamsejak kawen dgn husben saya wak..baru lah saya dpt tgk pokok2 sawit ni depan mata hahaaa ^_^
BalasPadamKerja nyawit, dapat udara luar dan segar. banyak juga hasilnya..
BalasPadamPenat tu wak mengerjakan sorang sorang. Potong dan angkat sendiri. Hebat wak. Alhamdulillah banyak hasil dapat. Lumayan hasilnya.
BalasPadambersih kebun sawit senang nk nyawit..besar2 tandannya lumayanhasilnya walau kerja berat sorang2
BalasPadamAlhamdulillah. Betul kata Fiza tu, mesti letih bila urus sendirian wak. Semmoga terus Allah limpahkan rezeki wak dan kita semua.
BalasPadamAlah bisa tegal biasa PC
Padamtak pernah lagi pergi menyawit. Duduk dekat office felda pernah la kira jumlah sawit. Semoga dipermudahkan urusan wak menyawit. Bersih kebunnya
BalasPadamassalam... wak anak pokok durian kimhong ade jual wak
BalasPadamWkmsalam
PadamWak tak jual anak benih pokok durian.
Boleh cari kat nerseri pertanian biasanya ada jual terutama di area Muar atau BP
untuk benih kimhong takde stok wak.bnyak skrg MK, duri hitam, ioi, kimhong tiada. klau wak hasilkn benih bole beli dr wak
PadamCuba cari kat sini :
PadamMaiza Nurseri
Tel : 013 7842887 (Hj Zailan)
Fb 'Maiza Nerseri'
terima kasih wak
Padampernah dulu tolong Lokman kutip biji sawit.
BalasPadamnak patah pinggang. baru faham kesusahan orang kerja sawit masa tu.
lebih menghargai mereka.
Wak nie mst gagah orgnya.. berat tu nk buat sorg
BalasPadamIni otot bahu kena kuat ni...
BalasPadamSeronok kalau dapat usahakan semula kebun sawit family....tapi tak tahu bila.
BalasPadamHarga sawit kt utara ni sekarang rm800 lbh utk 1 tan..suami saya ada lah sikit pokok sawit..boleh la buat belanja hasilnya
BalasPadamAlhamdulillah harga BTS agak tinggi sekarang
Padamtetapi buah pula kurang/melawas
Mantap Wak!
BalasPadamKuat usaha, kuat kerja alhamdulillah lumayan hasilnya ya Wak :)
Saya memang kagum siapa yg mengusahan sawit. bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kekuatan kudrat dan ketahan mental yang kuat.
BalasPadamMantap lah ada sawit sendiri.. harap dipermudahkan urusan
BalasPadamLumayan juga hasilnya Wak.. tu kalau dah kait, nanti lori angkut laa ye Wak?
BalasPadamYang dah susun tepi jalan tu nanti lori datang angkut ke tempat belian sawit.
PadamDuit jualan sawit biasanya kita amek sebulan sekali.
Kira macam gaji bulan jugalah.
Banyak hasilnya tu wak...lumayan tu....
BalasPadamalhamdulillah...banyak hasilnya...
BalasPadamtak pernah menyawit
BalasPadamyang tau buah sawit tu berat jer
ahahaha
Kawan saya kerja gini.. tapi syg.. keretanya selau rosak.. nak g kebin sawit pun susah.. kesian betul... ahdoi.. Moga dilimpahkan rezeki buat sesiapa yang buat keeja kerja menyawit...
BalasPadamLumayan pak..
BalasPadamTeringat masa PLKN dulu.. Masuk ladang sawit kat gua musang lepas tengok dorang potong sawit. nampak mudah tapi sebenarnya kena guna kudrat..
BalasPadamWak aktiviti kita macam lebih kurang ya hehe. Power lah wak handle sorang. Macam ain , abah akan ajak satu family ( abah , mak , saya , adik lelaki dan abang ) untuk teman dan join aktiviti menyawit ni. setakat ni masih consistent 2 mggu sekali setiap ahad turun kebuh swit hehe. Kami ni kutip buah relai je lah yang perempuan hihi
BalasPadamAnak2 wak semua perempuan tak gheti kerja kebun
PadamKalau nyoping memang terrer
Bersih kebun sawit Wak. Biasanya kebun sawit nampak semak dan banyak longgokan pelepah sawit. Takut nak jalan-jalan di situ , mana tau terserempak ular. Kebun sawit Wak nampak lapang. Boleh pocnoc sekeluarga bentang tikar makan-makan bawah pokok.
BalasPadamKebun sawit ni senang, sembur racun rumpai aje bersihlah.
BalasPadamKalau kebun buah tak boleh racun rumpainya, kena potong.