Selasa, 20 Julai 2021

Musim Pulasan 'Lok Daun'

 Salam bertani

Buah-buah pulasan di dusun WP sudah mula kemerahan dan ada yang sudah boleh dituai. Sebenarnya buah pulasan mengambil masa yang panjang untuk matang. Ia berbunga lebih awal daripada pokok durian tetapi matang lewat sehingga buah durian sudah habis musim gugur. Buah pulasan matang tahan lama di pokok sekiranya tidak dituai sehingga warnanya bertukar kepada kehitaman.

Dalam seminggu lagi merahlah semua buah pulasan di dusun WP. Jom layan


Close up sebiji buah pulasan


Setangkai buah pulasan matang


Kalau seminggu lagi merah cerahlah


Buahnya menunduk ke tanah


Ada yang baru nak merah


Pokok yang lain pun sama


Nak tuai tak payah pakai galah
Tak payah panjat


View keseluruhan sepohon pulasan.
Buahnya hampir kemerahan
Semakin matang, semakin bersujud ke tanah


Alhamdulillah
Buah pulasan pada tahun ini tiada yang rosak 
kerana tiada hujan panas
Buah pulasan yang hampir matang akan pecah/meletup
sekiranya terkena hujan disusuli panas yang terik


Sebenarnya wak belum tuai lagi buah-buah pulasan ni
Tunggu seminggu dua lagi sehingga merah menyala.


Salam bertani.


27 ulasan:

  1. Wah,buah pulasan.
    Saya kenal pulasan umur 20 tahun..sebab kat kampung saya tiada pokok pulasan.
    Dulu zaman sekolah sekolah saya hanya kenal buah pulasan disebut dalam buku teks sahaja terutama petikan berkaitan ke dusun.Pemilik dusun wajib namanya Pak Tua..Rupanya selain Pak Tua,Wak pun ada dusun pulasan..hihihi

    BalasPadam
  2. Ya Allah sedapnya buah pulasan. Lama betul tak makan😊.

    BalasPadam
  3. Meriahnyaaa buah pulasan di dusun wakk!
    Lama takk makan buah pulasan nii.

    BalasPadam
  4. rendang pokoknya..bestnya time petik buah..

    BalasPadam
  5. Seronoknya tgk buah pulasan yg segar2 kat dusun wak..

    BalasPadam
  6. Rendang-rendang semuanya pokok tu.

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. lama juga tak makan pulasan, biasa makan rambutan saja.

    BalasPadam
  8. Lebat betul buah pulasan dusun wak. Geram pulak nak memetiknya dan makan fresh from pokok.

    BalasPadam
  9. sedapnya pulasan masam manis n tahan lama buahnya di pohon

    BalasPadam
  10. Seronoknya dapat memulas buah ni!

    BalasPadam
  11. Lamanya tak makan pulasaannnn ... buah rare nak jumpa sekarang. sigh~

    BalasPadam
  12. Alhamdulilah, semalam baru dapat makan pulasan, rambutan sudah, Mesta sudah... durian lagi laa tak sudah-sudah hahaha

    BalasPadam
  13. Syukur. Lebat dan semagat berbuah. Alhamdulillah. Wangi pulasan ni yang PC suka.

    BalasPadam
  14. Percaya atau tidak, saya tak pernah makan buah pulasan. :)

    BalasPadam
  15. Bestnya da pokok pulasan sendiri. Boleh petik sambil makan...syoknya...

    BalasPadam
  16. Buah pulasan ni manisnya lain dari rambutan, macam bergula, tapi susah nak jumpa yg longkah buahnya.

    BalasPadam
  17. Membayangkan saya sedang berada di situ sambil memetik buahnya. Sekali pandang dari jauh macam buah laici pun ada.. sedapnya lahai.

    BalasPadam
  18. petik. dan. makan. bawah pokok
    nikmatnya kann
    bestt tgk

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah ,tahun ni dusun wak nampaknya menjadi.

    BalasPadam
  20. Allahu...menggoda betul..tahun ni belum nampak lagi buah pulasan kat gerai buah area rumah ni..

    BalasPadam
  21. Bezakan buah pulasan dengan rambutan . Tgk jauh hampir sama .. Bila tengok dekat2 boleh nampak perbezaan tu

    BalasPadam
  22. umah arwah ayah dulu ada pokok pulasan ni tp yg x tahannya byk nau semut hitam. nasib x baik tergigit sekali dgn buah😁😁

    BalasPadam
  23. Sedapnya....alangkah bestnya kalau dapat duduk bawah pokok pulasan tu..sambil2 capai buah..satu...satu masuk mulut

    BalasPadam
  24. saya tak pernah makan pun buah ni wak..mcm limited je dekat tempat saya..jrg2 org jual..

    BalasPadam
  25. Tk pernah makan pulasan tp memang menarik isi dan buahnya seakan rambutan

    BalasPadam