Jumaat, 17 Mei 2019

Pangkas Pokok Pulasan

Pokok pulasan perlu dipangkas untuk mengelakkan terlalu tinggi dan untuk membentuk kanopi pokok yang sesuai. Pokok yang rendang akan memudahkan kita mengutip hasil tanpa memanjat atau menggunakan galah. Sebahagian pokok-pokok pulasan di dusun WP telah dipangkas selepas musim buah yang lepas. Pokok pulasan yang dipangkas tidak akan mengeluarkan hasil selama satu musim.

Berikut ditunjukkan proses pemangkasan pada sepohon pulasan.


16.11. 2018 - Proses pemangkasan dilakukan pada pokok pulasan.


16.12.2018 -  Pokok mula mengeluarkan tunas baru.


16.01.2019 - Tunas pokok semakin membesar.


27.02.2019 -  Selepas dibuat penjarangan tunas.


18.03.2019 -  Tunas sudah mengeluarkan pucuk kali ke- dua.


24.04.2019 -  Mempunyai bentuk kanopi yang sesuai.


Keadaan pokok pulasan sekarang.
Bahagian atas pokok perlu dicantas lagi untuk mengawal ketinggiannya.
Pokok tidak berbunga untuk satu musim.


Pokok lain yang sedang berbuah.
Buahnya rendah dan boleh dicapai tangan.
Musim penuaian dijangka pada penghujung Syawal.

Salam bertani.


13 ulasan:

  1. Rasa nak dtg beli hasil tuaian, kiranya kena berkorban semusim la ya utk hasil macam ni. Byk ilmu bertani dikongsi

    BalasPadam
  2. Pokoknya lebih rendang,lebih sihat dan inshaAllah lebih menghasilkan buah yang berkualiti.

    BalasPadam
  3. lebat buahnya,

    salam ramadhan 13

    BalasPadam
  4. Ohhh mcm Tu ye WP..
    Boleh lah saya buat Di dua batang pokok pulasan Di kampung..
    Terima kasih WP kongsi ilmu.

    BalasPadam
  5. Cheq tak pernah makan pulasan lagi, setakat rambutan ja pernah makan pun 🤓

    BalasPadam
  6. Rendang pokoknya, senang mengutip buahnya..

    BalasPadam
  7. oooo macam tu ya...baru tahu kena pangkas..kalo pokok rambutan, boleh jugak ke kita buat macam ni wak? jauh sangat nak jolok guna galah..hahaha

    BalasPadam
  8. Wow Batu mama.tau. tinggi ilmu wak Dom pertanian

    BalasPadam
  9. Ohhh memang kena cantas rupanya...

    BalasPadam