Khamis, 23 Mei 2019

Membaja Pokok Buah-buahan

Salam bertani

Pagi tadi Wak membaja pokok buah-buahan yang sedang berbuah di dusun. Wak gunakan baja sebatian NPK 13:13:21 Yara Mila. Pokok buah-buahan yang sedang berbuah perlu diberikan baja tambahan untuk mempastikan buah-buah yang dihasilkan  cukup nutrisi untuk membesar dan hasil yang berkualiti.

Baja sebatian NPK 13:13 :21


Mengandungi 13% Nitrogen
  13 % Phosphate
21% Potassium/Kalium


1 beg 50 kg.
Guna 2 beg.


Baja berbutir berwarn merah


Ditabur di perdu pokok buah-buahan yang sedang berbuah.

Gambar-gambar pokok buah-buahan yang sedang berbuah muda di bawah:


Putik durian kim hong


Putik pulasan


Putik rambutan jarum emas


Putik cempedak


Putik rambai


Putik manggis


Putik duku terengganu


Putik duku JDT


Putik nangka


Putik buah kuini.

Salam bertani.

60 ulasan:

  1. Banyak2 buah di atas .. sy x pernah makan buah Duku T-T ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakan buah-buahan tempatan bermusim sedang berbuah sekarang.

      Padam
  2. Seronoknya tgk hasil tanaman.. selama ini saya cuba follow blog warisan petani.. tp x pernah pula keluar petak follower

    BalasPadam
  3. Bestnya wak ada kebun sebanyak tu. Bermacam-macam buah-buahan ada 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh wak nak tanam semua jenis buah2an.
      Tapi dah takde kawasan lagi.

      Padam
  4. Bertahun tak tengok dan makan buah rambai tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok rambai ni ramai pekebun yang dah tebang sebab buahnya tak berapa laku.
      Yang ni rambai telur, buahnya besar2 dan manis.

      Padam
  5. Mesti wangi bau kuini tu. Sedap buat sambal belacan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah kuini yang akan mula2 masak.
      lepastu baru durian.

      Padam
  6. Seronoknya tengok buah-buah yang sedang membesar itu. Dulu kecik-kecik suka berkebun sebab kena tolong mak. pedih tangan-tangan sebab tabur baja dekat tanaman. Hahah orang lain pakai sarung tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tanam ni asalnya sebab minat.
      Lepas habis SPM dah mula berkebun dan menternak.

      Padam
  7. geram nengok segala buah2 kt kebun wak, semoga semuanya selamat membesar n masak elok ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 begitulah Dana.
      Susahnya kat sini ramai monyet

      Padam
  8. Balasan
    1. pasti ada rezeki untuk kita dan orang2 sekeliling kita.

      Padam
  9. uishhh buah kuini.. sedapnyaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah kuini dah ada yang mula gugur sekarang.
      Dah ada orang jual di pasar2 minggu/tani.

      Padam
  10. Assalamualaikum wp
    moga beroleh hasil yang baik dan lumayan.. duku jdt pun ada hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duku jdt tu orang pangil duku Johor yang kulitnya tebal tu.
      Sekarang dah tak banyak orang tanam sebab pokok2 duku jdt ditebang gantikan dengan kelapa sawit/mataq

      Padam
  11. Alhamdulillah, banyaknya buah. Untungnya rasa bila berbudi pada tanah

    BalasPadam
    Balasan
    1. bertani ni cabarannya pun banyak.
      Tak semua hasil membuahkan rezeki untuk pengusahanya.
      Risikonya tinggi.

      Padam
  12. Semuanya sedang berputik, terbayang hasilnya kalau masak serentak atau satu persatu. Mmg sarapan buah la hari2

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas raya nanti mulalah musim buah2an.
      Biasanya orang kejar buah durian aje.

      Padam
  13. mcm2 ada kat kebun Wak. Boleh jual buah2 tu n dpt duit poket..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 memang wak berniaga buah di pasar tani kalau tiba musimnya.
      Sekarang lebih kepada suka2 aje.

      Padam
  14. Semuanya menjadi. Suka tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma putik durian yang banyak gugur sebab musim hujan dan panas yang tak menentu.

      Padam
  15. Seronoknya tengok pokok buah-buah nie menjadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 menjadilah.
      Setiap hari wak pegi kebun tenguk buah2 ni membesar.

      Padam
  16. menjadi sungguh hasil buahnya wak... tunggu masa tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas raya nanti musimlah.
      Cuma risaukan gangguan monyet

      Padam
  17. nasiblah saya duduk Melaka,kalau dekat memang saya nak sangat pergi kebun WP,sebab saya peniaga jual sayuran kampung dan sebagainya..boleh WP jadi pembekal saya

    BalasPadam
  18. Kerja2 bertani ni dah jadi darah daging.
    WP kadang2 berniaga juga hasil2 kampung ni di pasar tani/paskam

    BalasPadam
  19. Wow...bnyknya buahan..syoknya bla de tanah sendiri..seronok bla buahan menjadi..tngl nk tnggu masa je nk petik buah tue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan pokok buah2an bermusim sedang berbuah sekarang.
      Lepas raya nanti musimlah.

      Padam
    2. Assalamualaikum..nk tnye.. Sy ad tanam pokok buah, cth mangga, delima, rambutan limau perut, belimbing buloh,. Sesuai x klu sy pakai baja yara npk 13:11:21

      Padam
    3. Wkmsalam
      Baja Yara Mila 13:13:21 sesuai bagi pokok dewasa untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan buah.
      Kalau anak pokok gunakan baja Yara Mila 16:16:16 atau pun baja Yara Liva untuk pertumbuhan pokok

      Padam
  20. Sekarang musim buah sedang berputik kan WP
    Kat kampung Mrs. A sekarang ni buah rambutan sedang berputik, durian dan cempedak tak perasan pulak ada putik ke tidak sebab tak sampai ke belakang malas nyamuk banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian ni banyak bedgenya.
      Sekarang dah ada yang mula gugur.
      Ada yang masih putik lagi.

      Padam
  21. Seronok nengok buah2 menjadi. Tetiba teringin pulasan la pulak huhu

    BalasPadam
  22. Banyaknya buah2 sedang berbuah....best kalau dapat rasa ada dusun macam ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi penjagaannya rumit SA
      Banyak musuh sebelum hasilnya menjadi rezeki.

      Padam
  23. KATA ORANG POKOK YG SEDANG BERBUAH TAK BOLEH DIBAJA

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu konsep lama PI.
      Kalau nakkan hasil yang banyak dan berkualiti kena bagi baja. Cuma masa pembajaannya kena sesuai.

      Padam
  24. aduhh..lepas raya ada yang da bole makan da tuuu

    BalasPadam
  25. Rambai tu menarik perhatian saya.. teringat kenangan tinggal di kampung bersama arwah Wan dan Atuk saya.

    BalasPadam
  26. Oo inilah rahsia pokok wk semua gumuk2 ye

    BalasPadam
  27. wak..sy nak tanya sikit klu untuk anak pokok durian yg masih kecil baru tanam baja Yarmila yg mana paling sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna yang 16:16:16
      tapi jangan guna banyak dan jangan kena pangkal pokok.
      Anak durian yang baru ditanam lebih sesuai gunakan baja organik.

      Padam
  28. Salam wak..baja ni boh masa pokok dh berbuah takkan rosakkan buah ka..tak panas ka baja ni wak..bkn apa..saya ada boh baja ni tapi sulam dgn baja kopi 8:8:8 tu..tgk ada buah yg merekah pecah, sbb baja kopi kot..baja 13:13:21 ni sy boh nmpk elok pokok naik pucuk trs berbunga & berbuah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seelok2nya tabur baja sebelum pokok berbunga untu menggalakkan pembentukan bunga.
      Semasa pembentukan putik buah boleh juga taburkan baja sekali lagi untuk kemenjadian buah.
      Selepas itu tak perlu baja lagi sehingga buah matang.

      Padam
  29. Salam wak..ketika durian sudah berbunga, baja apakah yg wak guna?
    Adakah baja yaramila 13:13:21 atau baja kimia tunggal potassium 60% atau wak guna kedua duanya sekali?

    BalasPadam
  30. Wak guna kedua2nya
    Tunggu buah dah berputik baru baja.
    Seelok2nya sebelum berbunga

    BalasPadam
  31. Wak ada guna baja garam?

    BalasPadam
  32. berapa kg tabur setiap pokok durian..sebelum berbunga ada tabur tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seelok2nya tabur sebelum pokok berbunga.
      Kuantitinya bergantung kepada saiz pokok.
      Kalau pokok durian umur lebih 20 tahun lebih kurang 2kg.
      Selepas berputik ada baja lain yang digunakan.

      Padam