Selasa, 4 Julai 2017

Pokok Selom

Salam bertani

Salah satu tanaman sayuran ulaman yang senang ditanam ialah pokok selom. Pokok selom mudah ditanam dengan menggunakan keratan batang walau pun ada yang menanam menggunakan biji benihnya. Batang pokok selom seperti batang pokok kangkung yang berongga di tengahnya dan mempunyai ruas yang boleh mengeluarkan akar apabila ditanam.

Pokok selom boleh ditanam di dalam bekas, di atas batas atau pun secara hydroponik. Pokok selom memerlukan tanah yang mempunyai bahan organik dan kelembapan yang tinggi untuk hidup subur.
Ia boleh dituai selepas dua bulan ditanam dan tahan bertahun-tahun lamanya.

Daun selom sangat sinonim sebagai makanan ulaman masyarakat Melayu. Ia enak diulam bersama sambal belacan dan dimakan dengan nasi panas. Ia juga enak  dijadikan kerabu, nasi ulam dan bahan tambahan sup (menggantikan daun saderi) dan bagi masyarakat jawa sudah tentulah sedap dibuat 'urap'.


Daun selom yang enak dijadikan ulaman.


Hidup subur di tanah gambut yang mempunyai kelembapan yang tinggi.


Cepat merebak dan membiak


Bunga pokok selom.
Pokok selom yang telah berbunga perlu dipangkas
untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru.



Bunga selom biasanya kosong dan jarang-jarang 
menghasilkan biji benih.


Daun selom yang dijual di paskam
RM1.00 seikat.
Ambil daun dan pucuknya sahaja manakala batangnya
boleh dijadikan bahan penanaman.

Pokok selom juga dikatakan mempunyai nilai herba yang boleh melegakan penyakit batuk dan selsema. Ia mujarab menjadi penawar bagi gigitan serangga berbisa, meredakan bisul dan melawaskaan sistem pencernaan kita.

Tanamlah pokok selom untuk kegunaa sendiri bagi mendapatkan khasiat serta nilai herbanya.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan