Isnin, 15 Mei 2017

Tanaman Lokio

Salam bertani

Tanaman lokio adalah sejenis sayuran jenis bebawang yang jarang-jarang ditanam secara komersial.
Lokio ditanam sebagai tanaman saradiri secara kecil-kecilan dan selebihnya ada yang dijual. Pokok lokio sesuai ditanam di kasawan tanah gambut yang kaya dengan organik atau pun kawasan tanah bakar. Lokio sesuai ditanam di kawasan yang lembap tetapi tidak menakung air.

Lokio juga dikenali sebagai pokok bawang batak tetapi ia bukannya kucai walau pun ada juga yang memanggilnya pokok kucai.. Pokoknya seperti pokok bawang tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Buahnya berwarna putih dan berbentuk lonjong. Buah dan daun hijaunya sesuai dijadikan sayuran. Biasanya buah dan daun hijau lokio dimasak goreng atau tumis air dicampur dengan udang basah dan tauhu. Daunnya juga boleh dicampur dalam masakan mee goreng atau sup. Masyarakat Jawa JDT seperti WP amat menggemari masakan lokio ini.

WP ada menanam sedikit pokok lokio di belakang rumah untuk kegunaan sendiri. Pokok lokio dituai dengan mencabut keseluruhan pokoknya selepas dua bulan ditanam. Lokio perlu dibersihkan, dibuang selaput kulit isinya, akarnya dan daun yang kuning sebelum sesuai dijadikan masakan.



Tanaman lokio yang enak dijadikan sayuran.
Hanya bebawang (buahnya) dan daun hijau digunakan.
Akar serabut dan daun yang kekuningan/kering perlu dibuang.


Sebatas pokok lokio yang ditanam di belakang rumah.


Lokio yang telah dituai.
Sebahagiannya dijual di paskam.

Pokok lokio sebenarnya adalah tanaman herba yang mengandungi pelbagai khasiat dan vitamin terutama vitamin K dan C. Ia dikatakan mengandungi antioksidan dan boleh membantu mengatasi masalah pencernaan, mengawal kanser dan osteoporosis. Lokio dapat meningkatkan kesuburan dan kesihatan janin. Ia juga dapat mengawal kolesterol jahat, mengawal penyakit jantung dan meneutralkan racun di dalam tubuh.

Tanamlah lokio untuk mendapatkan manfaat herbanya.
Salam bertani.


3 ulasan:

  1. Ade jual lokio nie x? Kalau ada sy nk beli bley....nie no contact sy 016-7253864

    BalasPadam
  2. Maaf tak dapat ditunaikan
    Biasanya ada dijual di pasar minggu/pasar tani

    BalasPadam
  3. Sekian lama saya cari nama sayur ni. Thanks for info. Sedap dibuat acar.

    BalasPadam