Selasa, 2 Mei 2017

Riwayat Hidup Pisang Raja Talon

Salam bertani


Sepohon pisang raja talon yang ditanam di tepi pagar rumah WP.
Sudah berbuah dan mengeluarkan beberapa sulur anak pokok.


31.05.2016 - Beberapa hari selepas ditanam.


21.10.2016 - 5 bulan selepas ditanam.


28.12.2016 -  berumur 7 bulan


20.01.2017 - mula mengeluarkan jantung pisang.
Ada seekor bapak ayam hutan.



Putik buah dan jantung pisang raja talon.


21.02.2017 - buahnya hanya 4 sikat sahaja.


10.03.2017- buah muda pisang raja talon


01.04.2017- buah semakin berisi dan berat.
Perlu disangga untuk mengelakkan pokoknya tumbang.


07.04.2017- buah hampir matang dan sesuai dituai.


24.04.2017- Sikat paling atas buah pisang raja talon.
Sebiji buahnya sudah kekuningan.


Saiz buah yang besar hampir menyamai saiz buah pisang tanduk.
(di depan)


28.04.2017- tiga sikat yang lain.
(setelah pokoknya ditebang)


Perbezaan saiz sesikat buah pisang raja talon
dengan setandan buah pisang lemak manis.


29.04.2014- dua sikat dijual di paskam. (RM3.50 sekg)
Dua sikat lagi dibuat kerepek pisang untuk makan sendiri.


30.04.2017 - generasi ke dua meneruskan legasi di tapak asal



30.04.2017 - sepohon lagi diubah ke tapak baru.
(bersebelahan tapak asal).


Salam bertani.
Catat Ulasan