Rabu, 2 Disember 2015

Timun Tikus

Salam bertani.

Timun tikus adalah tumbuhan liar yang biasanya hidup menjalar dan melilit pokok. Buah timun tikus yang masih muda boleh dimakan atau dijadikan ulaman  dan rasanya seakan-akan rasa timun biasa. Terdapat sepohon timun tikus yang ditanam di tepi pagar rumah "Warisan Petani" kira-kira tiga bulan yang lalu dan telah mengeluarkan hasil.



Buah timun tikus muda. Boleh dimakan mentah seperti timun biasa.


Sepohon boleh menghasilkan berpuluh-puluh buah.


Bunganya berwarna kuning.


Melilit di atas pagar plastik.


Bahagian pucuk pokok.


Berbuah lebat.


Perbandingan saiz sebiji buah timun tikus.


Melilit pada ranting kayu.


Buah timun tikus yang telah matang berwarna lebih gelap. Terdapat biji benih di dalamnya yang boleh disemai untuk mendapatkan anak benih timun tikus.


Buah timun tikus dipercayai mempunyai pelbagai khasiat perubatan terutamanya untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis. Suatu masa nanti kemungkinan tumbuhan ini akan pupus dan ramai generasi kita yang tidak mengenalinya.

Salam bertani.
Catat Ulasan