Isnin, 21 Disember 2015

Ternakan Ayam 1

Salam penternak.

Selain mengusahakan kebun dan menternak lembu, menternak ayam merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan di "Warisan Petani". Ayam kampung dan ayam kacukan dipelihara di belakang rumah secara kecil-kecilan untuk bekalan daging dan telur. Ayam dibiarkan bebas mencari makanan di sekitar kawasan kebun dan masuk ke reban pada waktu malam. Ayam diberikan makanan jagung dan lebihan dapur dua kali sehari.


Anak ayam kacukan.


Ayam kacukan berumur beberapa bulan.


Ayam kampung.


Ayam kampung.


Ayam kampung jantan dewasa (Baka Siam)


Ayam kacukan dan ayam kampung dipelihara secara lepas bebas.


Sepasang ayam kampung.


Ayam kacukan jantan dewasa.


Ayam kacukan jantan dan ayam betina kampung.


Ayam kacukan betina.


Ayam  kacukan betina  dewasa (telah bertelur).


Telur ayam kampung.


Telur ayam kampung dan ayam kacukan. Telur ayam kacukan lebih besar.


Ibu ayam kampung sedang mengeram. Telur ayam akan menetas selepas 
dua puluh satu hari dieramkan.

Menternak ayam secara kecil-kecilan bukanlah susah. Ia merupakan satu aktiviti yang berfaedah selain dapat membekalkan daging ayam segar dan telur ayam sepanjang masa.

Salam penternak.
Catat Ulasan