Selasa, 9 Mac 2021

Jatuhan di Luar Musim

 Salam bertani

Ada beberapa pokok durian di dusun WP yang sedang berbuah di luar musim dan sedang menanti masa untuk berjatuhan.  Buah luar musim ini tidaklah banyak, ada yang hanya 2 - 3 biji sepokok, ada yang 10- 20 biji dan hanya sepokok yang melebihi 50 biji.  Kebanyakan pokok durian dewasa baru mula berbunga sekarang dan musim sebenar buah durian akan bermula pada bulan Jun nanti.


Dua biji durian luar musim berjatuhan pada pagi ini


Buah durian tembaga


Isinya kuning terang


Kucing tidur


3 ulas sepangsa


Durian kampung


Isi durian kampung




Buah durian tembaga ini akan berjatuhan seminggu dua lagi


Musim sebenar,
 pokok durian musang king sedang berbunga.

Salam bertani.


Sabtu, 6 Mac 2021

Ayam Gajah vs Ayam Kampung Kacuk vs Ayam Kampung Asli

 Sebuah daripada reban ayam wak menempatkan kira-kira 40 ekor ayam yang sudah berumur hampir 4 bulan. Ayam-ayam tersebut terdiri daripada baka ayam gajah (AG), ayam kampung kacuk (AKA) dan juga ayam kampung asli (AKA). Bibit ayam gajah dan ayam kampung kacuk (10 budak hitam) wak beli manakala ayam kampung asli wak tetaskan sendiri.

Sebahagian ayam jantan sudah wak tuai sedikit demi sedikit, manakala ayam-ayam betina wak simpan untuk dijadikan induk penelur. Ayam-ayam betina akan bertelur selepas berumur 6 bulan. 

Walau pun berumur sebaya tetapi ayam-ayam ini tidak sama saiznya. Kita lihat gambar-bambar mereka.



Seekor  AG jantan.
Beratnya sudah melebihi 4 kg
Di belakangnya adalah AKK betina.


Seekor AKK jantan
Beratnya 3 kg


AKA jantan berwarna perang.
Bertanya anggaran 2kg
Di belakangnya adalah AKK betina
(10 budak hitam)


AKA  (tengah) disamping 2 ekor AG
Bezakan saiznya.


AKA (hitam) bersama AG (perang)


AKA jantan baka bangkok


2 ekor AKK jantan (hitam)


Pengawal mereka adalah seekor raja hutan


Yang ni bukan ayam
Ni kucing wak nama si Kent
Nyebuk aje.

Salam bertani.




Sabtu, 27 Februari 2021

Otto Dah Masuk Jawi

 Salam bertani

Budak Otto dah nak jadi orang bujang. Sudah mula belajar kencing merata-rata untuk menanda kawasan. Jadi wak terpaksalah hantar Otto ke vet untuk disunatkan.



Wajah kitten si Otto


Otto menunggu giliran di klinik haiwan untuk disunatkan


Selesai pembedahan
Baru sedar daripada pengsan


Otto dalam pantang di rumah selama 3 hari
Ahli keluarga bertanyakan khabar


Otto dah sihat dan selamat masuk jawi.


Sambung rutin harian bergomol dengan
abang pendatangnya si Kent.
Kent dah lebih awal masuk jawi.

Salam bertani.

Jumaat, 26 Februari 2021

Pokok Kuini Pun Berbunga

 Salam bertani

Selain pokok-pokok durian, pulasan dan bacang, pokok kuini juga merupakan pokok buah-buahan bermusim yang awal berbunga. Ada beberapa pokok kuini dewasa di dusun yang mula mengeluarkan bunga berikutan musim panas sekarang. Pokok kuini setahun jagung di hadapan rumah juga sudah berbunga. Harap-harap musim buah kuini pada tahun ini akan menjadi.


Pokok kuini mula mengeluarkan bunga 
berikutan musim panas sekarang.


Akan menghasilkan buah yang boleh dituai
selepas raya nanti.


Ini adalah pokok kuini kampung yang ditanam
menggunakan biji benih,
Sudah berumur lebih daripada 30 tahun.
Mula berbuah setelah  berumur 15 tahun
selepas ditanam.


Ini adalah pokok kuini klon yang ditanam melalui
cantuman baji.
Baru berumur 3 tahun sudah 3 kali berbunga.
Wak tanam di tepi jalan di hadapan rumah.


Bunga kuini klon lebih besar dan lebat.


Hasil panenan buah kuini kampung
pada  musim yang lepas.

Salam bertani.