Sabtu, 6 Mac 2021

Ayam Gajah vs Ayam Kampung Kacuk vs Ayam Kampung Asli

 Sebuah daripada reban ayam wak menempatkan kira-kira 40 ekor ayam yang sudah berumur hampir 4 bulan. Ayam-ayam tersebut terdiri daripada baka ayam gajah (AG), ayam kampung kacuk (AKA) dan juga ayam kampung asli (AKA). Bibit ayam gajah dan ayam kampung kacuk (10 budak hitam) wak beli manakala ayam kampung asli wak tetaskan sendiri.

Sebahagian ayam jantan sudah wak tuai sedikit demi sedikit, manakala ayam-ayam betina wak simpan untuk dijadikan induk penelur. Ayam-ayam betina akan bertelur selepas berumur 6 bulan. 

Walau pun berumur sebaya tetapi ayam-ayam ini tidak sama saiznya. Kita lihat gambar-bambar mereka.



Seekor  AG jantan.
Beratnya sudah melebihi 4 kg
Di belakangnya adalah AKK betina.


Seekor AKK jantan
Beratnya 3 kg


AKA jantan berwarna perang.
Bertanya anggaran 2kg
Di belakangnya adalah AKK betina
(10 budak hitam)


AKA  (tengah) disamping 2 ekor AG
Bezakan saiznya.


AKA (hitam) bersama AG (perang)


AKA jantan baka bangkok


2 ekor AKK jantan (hitam)


Pengawal mereka adalah seekor raja hutan


Yang ni bukan ayam
Ni kucing wak nama si Kent
Nyebuk aje.

Salam bertani.




41 ulasan:

  1. meriahnya ayam bercampur semua kent mengintai comel

    BalasPadam
  2. Rupanta ayam pun ada pelbagai jenis eh.. Tau mkn ayam tp x tau jenis2 ayam.. 😁

    BalasPadam
  3. Banyak jenis ayam ekk.. Saya tak tau juga saya makan ayam apa yee hahahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam yang beli kat pasar tu ayam instant
      30 hari umurnya dah tuai.

      Padam
  4. Hai Kent cumilalalalala.Hehehe
    Ayam walau sebaya tapi lain genetik saiznya ketara kan wak.

    BalasPadam
  5. Oooo... Inilah maksud Jalil Hamid "Ayam bermacam ayam" tu..?

    BalasPadam
  6. Macam-macam jenis ayam wak ada. Berat betul, sampai 4 kilo.

    BalasPadam
  7. segaknya si Kent, saya nampak sama jer wak ayam2 tu hehe :)

    BalasPadam
  8. Aduh macam-macam jenis ayam.

    BalasPadam
  9. Tudiaaaa.. Macam-macam model la ayam wak. Dapat ayam gajah tu sekor puas hati makan tu. Macamana nak dapatkan baka ayam gajah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya ada jual di adang2 ayam.
      Kadang2 ada juga jual di pasar2 minggu

      Padam
  10. dah lama tk tengok ayam hidup..cantik si raja hutan..

    BalasPadam
  11. Banyak jenis ayam ghupenya hehehe :)

    BalasPadam
  12. Hahahahah dia pun nak masuk post ayam juga heheh

    BalasPadam
  13. hahahahaha yg last tuu comeyyy ;)

    BalasPadam
  14. AG jantan tu nampak hensem je hahahahaha

    BalasPadam
  15. puas la kalau sembelih ayam gajah tu ye wak, 4kg seekor...
    memang beza betul saiz semuanya...

    kent tu nak usha wak, ngape boss ni amik gambar ayam je, gambar dia takmo amik hehehhe

    BalasPadam
  16. Banyaknya ayam WP.
    Si Kent pun nak enter frame juga

    BalasPadam
  17. Yang bawah sekali tu yang paling comel.. hehehe

    BalasPadam
  18. Cantik mata Kent. Teruskan menyibuk ye Kent.

    BalasPadam
  19. Aaaa.. nak ayam sekoqqq.. hehee.. Bestnya dapat sembelh nih.... Hello Kent!

    BalasPadam
  20. Seronoknya tengok ayam-ayam Wak nie, rasi betul tangan Wak ya. Yang last sekali pun nak sibuk juga ya.. hahaha..

    BalasPadam
  21. suka makan ayam kampung. :) hai Kent, main sorok2 dengan sapa tu?

    BalasPadam
  22. Salam bos. Boleh tau ke kat mana nk dapatkan baka ayam gajah tu.

    BalasPadam
  23. Ayam yg jenis bula jarang2 tu apa jenis lak

    BalasPadam
  24. hi saya pun ada AKK kalau siapa nak dalam quantiti banyak boleh la saya supply ... boleh contact saya di whatsapp 0163626268

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum..hai salam perkenalan semua just nak belajar sifu2 lama.

    BalasPadam
  26. Salam..
    Berapa harga pasaran AG, AKK & AKA hidup yg terkini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. AG dan AKK mungkin RM15
      AKA lingkungan RM20 per kg

      Padam
  27. Salam.....
    AKK boleh brtelur jga kh tn..? Sbap ayam AKK sya dah 6 bulan lebi tpi blum brtlur. Jantan 2, betina 6...

    BalasPadam
    Balasan
    1. AKA betina akan mula bertelur selepas berumur 6 - 8 bulan. Tunggu sedikit masa lagi. Sudah boleh sediakan tempat bertelur. AKA betina kebanyakkannya tidak mengeram

      Padam
  28. Give me your WhatsApp number plz
    Saya mau 500 kg

    BalasPadam