Salam bertani
Wak nak cerita pasal kisah semalam petang. Semasa wak nak tutup reban ayam, wak dapati semua ayam tak mahu masuk ke dalam reban walau pun cuaca dah nak gelap. Bila wak jengah ke dalam reban rupanya ada seekor tetamu tidak diundang sedang berlengkar kekenyangan. Peliknya dia masuk ke dalam reban pada waktu siang kerana pada waktu malam reban ayam wak bertutup dan dia tak boleh masuk. Memang cari nahaslah dia ni. Jom tenguk gambar.
Salam bertani.





















