Isnin, 11 Jun 2018

MB 47 : Laptop jenama SNSV

Salam bertani.

Sejak mula berblog kira-kira dua tahun lepas, WP gunakan laptop jenama snsv ini sehinggalah sekarang. Kiranya jenama terkenal jugalah sebab terdapat banyak di pasaran.



Laptop snsv warna merah


Jenama terkenal pun ramai orang yang tak tahu.
Bila sebut jenana snsv semua orang cakap tak pernah dengar.
Tak pernah ada di pasaran.


Owh patutlah mereka cakap tak pernah dengar.
Salah teknik mengeja.


Ini yang sahih dan betul.

Salam bertani.

Ahad, 10 Jun 2018

Jeruk Pelam Epal.

Salam bertani.

Oleh kerana stok buah pelam epal yang tak termakan pada bulan puasa ini, pn is3 berhajat untuk membuat jeruk. Jeruk buah pelam epal yang sudah siap disimpan dalam peti ais dan enak dimakan selepas berbuka.

Bahan-bahan dan cara membuatnya WP tak tahu sebab pn is3 yang membuatnya. Cuma tahu makan aje.



Jeruk pelam epal sedia untuk dimakan.


Tak jual. 
Untuk diagihkan kepada rakan-rakan bawangnya


Boleh dijadikan pencuci mulut selepas berbuka.


Buh pelam epal yang hampir matang.
Rasanya rangup tetapi masam sesuai dijadikan jeruk


Buah pelam epal muda.


Salam bertani.

Khamis, 7 Jun 2018

Tanam Keliling Rumah 4

Sala bertani.

Ada juga beberapa pokok hiasan yang ditanam di sekeliling rumah. Walau pun tanaman ini tidak mendatangkan hasil tetapi dapat juga mengindahkan kawasan dan memberikan rasa kedamaian ketika membelai dan menandangnya.








































Salam bertani.

Isnin, 4 Jun 2018

Tanaman Kacang Panjang Renek

Salam bertani

WP ada menanam bebeapa pokok kacang panjang renek dan sudah mula mengeluarkan hasil. Pokok kacang panjang renek tidak menjalar dan tidak memerlukan junjungan seperti pokok kacang panjang biasa. Bentuk dan saiz buahnya lebih kurang sama seperti buah kacang panjang yang menjalar.

Pokok kacang panjang renek lebih cepat matang tetapi jangka hayatnya agak pendek berbanding pokok kacang panjang biasa. Ianya sesuai ditanam di dalam bekas seperti pasu dan polibeg serta tidak memerlukan kawasan yang luas. WP gunakan tayar terpakai untuk dijadikan medium penanaman pokok kacang panjang renek tersebut.

Nampaknya untuk sambutan hari raya kali ini tak payah beli kacang panjang kerana stok sentiasa ada dari belakang rumah. Alhamdulillah.


Gunakan 4 biji tayar kereta terpakai sebagai bekas penanaman.


Pokok kacang panjang renek sudah mula berbunga dan berbuah
selepas sebulan setengah ditanam 


Buahnya sama seperti buah kacang panjang biasa


Bunga pokok kacang panjang renek.


Tanam 3 - 4 pokok dalam satu bekas
  

Letakkan pancang untuk mengikat pokok kacang renek 
mengelakkannya rebah.

Salam bertani.

Ahad, 3 Jun 2018

Pokok Sekentut

Salam bertani.

Pokok ini mendapat nama mungkin daripada baunya yang kurang menyenangkan apabila dipegang. Kemungkinan juga daripada khasiatnya yang boleh membuang angin di dalam badan kita membuat kita sering 'terkentut'.

Pokok sekentut merupakan tumbuhan  menjalar berbatang lembut dan mempunyai daun yang kecil dan lonjong. Ia adalah tumbuhan herba yang boleh dimakan dan ada nilai perawatan tradisional. Pucuk pokok sekentut boleh dijadikan ulaman, ramuan jamu herba dan juga ramuan masakan.

Daun pokok sekentut digunakan untuk merawat gatal-gatal dan bintik-bintik merah pada kulit bayi. Air rebusan daunnya boleh digunakan untuk mengawal pertumbuhan uban pada rambut,  membuang angin, sakit perut dan bisa-bisa sendi. Ia juga boleh melawaskan sistem pencernaan terutama untuk mengelakkan sembelit dan boleh menambahkan selera makan.



Seperdu pokok sekentut yang memanjat junjungan


Pucuk pokok sekentut yang boleh dijadikan ulaman


Daun pokok sekentut yang berbentuk kecil dan lonjong.

Salam bertani.