Ahad, 3 Jun 2018

Pokok Sekentut

Salam bertani.

Pokok ini mendapat nama mungkin daripada baunya yang kurang menyenangkan apabila dipegang. Kemungkinan juga daripada khasiatnya yang boleh membuang angin di dalam badan kita membuat kita sering 'terkentut'.

Pokok sekentut merupakan tumbuhan  menjalar berbatang lembut dan mempunyai daun yang kecil dan lonjong. Ia adalah tumbuhan herba yang boleh dimakan dan ada nilai perawatan tradisional. Pucuk pokok sekentut boleh dijadikan ulaman, ramuan jamu herba dan juga ramuan masakan.

Daun pokok sekentut digunakan untuk merawat gatal-gatal dan bintik-bintik merah pada kulit bayi. Air rebusan daunnya boleh digunakan untuk mengawal pertumbuhan uban pada rambut,  membuang angin, sakit perut dan bisa-bisa sendi. Ia juga boleh melawaskan sistem pencernaan terutama untuk mengelakkan sembelit dan boleh menambahkan selera makan.



Seperdu pokok sekentut yang memanjat junjungan


Pucuk pokok sekentut yang boleh dijadikan ulaman


Daun pokok sekentut yang berbentuk kecil dan lonjong.

Salam bertani.

1 ulasan:

  1. Dimana kah boleh saya dapatkan pokok ni? Saya tinggal di Bangi, Selangor

    BalasPadam