Selasa, 12 Jun 2018

Pokok Cabang Tiga

Salam bertani

Pokok cabang tiga merupakan tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.
Pokok liar yang biasanya tumbuh di kebun getah atau dusun ini sudah mula ditanam untuk tujuan komersial kerana permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar ulaman herba.

Pucuk pokok cabang tiga atau juga lebih dikenali sebagai pokok tenggek burung enak dijadikan ulaman dimakan bersama sambal belacan dan nasi panas. Ia dipanggil pokok cabang tiga kerana setiap tangkai daunnya mengandungi tiga helai daun.

 Di antara khasiatnya termasuklah untuk merawat penyakit darah tinggi, melancrkan peredaran darah, menghilangkan lenguh-lenguh badan, untuk perawatan wanita selepas bersalin dan untuk kaum lelaki juga.


Pokok cabang tiga yang biasa dituai pucuknya.
Pokok perlu dipangkas apabila tinggi utuk memudahkan penuaian hasil.


Anak pokok cabang tiga tumbuh daripada biji benihnya.


Pokok-pokok cabang tiga di kebun WP


Pucuk muda pokok cabang tiga yang sesuai dijadikan ulaman.


Bunga pokok cabang tiga.
Apabila berkembang menghasilkan nektar yang digemari
 oleh kelulut dan lebah.


Buah pokok cabang tiga yang akan menghasilkan  biji benih apabila matang.


Ulaman pucuk cabang tiga yang dijual di paskam.
Seikat RM0.50 sahaja.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen